Selasa, Disember 22, 2009

Tiada siapa tahu waktu untuk bersedih

Lapang sebelum sempit. Sihat sebelum sakit.

Bila ketawa berdekah-dekah, ingat-ingatlah ada hari sedih bakal dilalui. Ini berlaku pada semua orang bukan? Aku, kau dan orang ramai.


Look To The Sky, And Smile.


Orang Jawa panggil majlis kebumikan jenazah, 'layat'. Betulkan kalau silap. Aku pernah mengikuti episod bagaimana jenazah dari sesi di bacakan Yasin, dimandikan, disolatkan dan dikebumikan. Aku pernah jadi naib johan untuk hari amal islami bagi kategori solat jenazah. Yang ini lebih realistik, dicampur dengan persoalan anak yang mana akan menemani jenazah bapanya.

Ketika itu, aku agak obses bagaimana proses ini berlaku. Sebab bukannya setiap hari dapat belajar benda sebegini.

Banyak kali aku ditegah, jangan masuk kesitu kesini.

Paling dekat aku dengan jenazah adalah apabila jenazah itu hendak dimandikan. Jenazah itu dimandikan di awal pagi. Budak-budak mana nak bangun pagi. Tapi aku bangun juga, sebab nak tahu macam mana nak memandikan jenazah.

Pertama kali, bau. Memang menusuk hidung. Aku lihat ketika itu, yang memandikan jenazah adalah pakcik aku, ayah aku dan seorang lagi aku kurang kenal siapa orangnya. Yang pasti dia juga ada kaitan persaudaraan dengan aku.

Aku duduk berhampiran jenazah sehinggalah ada seorang nenek tegur aku...

"Eh, budak kecil ni. Gi turun bawah sana!"

Malangnya, aku tak dapat lihat bagaimana proses mengkapankan jenazah. Aku mahu realiti, tidak mahu sekadar tahu dalam buku teks Fiqah.

Ketika sesi talkin, ayah aku hendak bergegas pulang ke rumah. Ada kerja perlu dilakukan.

Aku diam-diam menumpang kereta orang lain pergi ke tanah perkuburan.

Aku dapat lihat bagaimana jenazah ditanamkan. Aku rasa pengalaman itu paling seronok walaupun ianya berkaitan tentang dengan kematian. Aku nampak kelibat ayah aku, memegang tangan aku menyuruh masuk ke dalam kereta.

Mungkin budak-budak tak sesuai nak tahu tentang erti kematian. Sebab itu, banyak kali orang dewasa menegur perilaku aku ketika itu. Di tegah berada disini, dan disitu.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?





Mungkin orang dewasa tidak mahu kanak-kanak yang seronok riang tahu pasal kematian atas sebab menyuruh menikmati zaman kecilnya yang tidak tahu erti sengsara, mati, kebulur?

Aku perlu simpan soalan ini kepada imam kampung nenek aku bila aku pulang nanti.




Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bab2 ni, masa aku kecik2 dulu, umur masih 1 digit mmg cenderung dengan menda2 sebegini.. bg aku interesting. tp ye la kan. masa nak mandikan jenazah ke haper, mesti org cakap, "dak kecik, x bagus duduk cni. g main kt luar!" adeii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...