Bagi pula tajuk, kesan kebanjiran pendatang asing. Mana aku tahu, aku duduk asrama dari tingkatan 1 sampai 5. Mana nak tengok orang Indonesia, Bangladesh, Nepal bersepah di kaki kompleks membeli belah. Yang aku tahu, bila nak balik ke rumah, bau hapak macam celaka dalam komuter dan pertuturan pelbagai bahasa.
Gambar lama ketika pagi raya 2007, kot. OTW ke Hannam.
Bila aku masuk ke peringkat tinggi sikit, (orang kata menara gading?) belajar buat enjin, belajar potong besi, belajar acuan skru. Kita belajar sebenarnya nak menjimat kos, seterusnya untuk menjimatkan sumber alam. Terutama pokok.
Memang perlu adanya kata-kata, cakap tak serupa bikin.
Kenapa para guru-guru menyuruh menulis report-report dalam kertas A4 kalau menyanjung tema 'Save The World'? Dan, kenapa juga memberi banyak tugasan yang berkaitan menulis di atas kertas A4 kalau masih setuju pada konsep 'GREEN'?
Ini cara aku jimat penggunaan kertas:
Kertas A4 di lipat 2, kiranya ada 4 muka surat yang kecil yang memanjang ke bawah. Tulis kecil-kecil. Bila buat nota pula, tuliskan nota pada ruang-ruang kosong yang ada dalam buku teks. Ala-ala dalam drama Prison Break. Sekejap senget 45 darjah, sekejap 34 darjah. Janji boleh baca. Kalau ada seminar yang dianjurkan dan ada kertas-kertas seminar tak terpakai, ambil dan bawa balik. Boleh jadi kertas conteng ketika mengira atau disusun semula jadikan buku nota.
Kalau sejuta orang macam aku, sudah pasti dunia ini akan jadi lebih indah!.
Sebenarnya, aku malas nak ke kedai buku semata-mata hendak membeli sekaton kertas A4. Lagi satu, memang terasa tangan letih nak menulis atas kertas.
Kebosanan mencipta kelainan.
8 ulasan:
aku pun sama...
aku just catat nota dalam kertas A4 yang dilipat empat...
kau lagi saving, kau lipat empat beb!
aku lipat dua je
boleh jimat duit gak :D
bangs head to the wall*
saya lagi la table bla
saya buat roket ngn kertas
byk lak tu
aishhh dah tak green dah tp takpe selepas ni boleh cuba ;)
Go GREEN!!~
aku dlu ske kumpul kertas byk2
sbb ape??
main bingo!
heheheeeheee~~
aku lak dulu buat kapal pakai kertas bnyk2 pastu campak dlm longkang. main lumba2 sape menang dpt mkn aiskrim free. :-) ~
sinuna: go go green... ak dah macam ejen nak selamatkan dunia lak
judiene: aku byk simpan kertas soklan lama-lama, xda pewaris.. kau nak?
jumari jipan: nostalgia tol zaman budak kau... aku kertas2 ni wat baling orang best gak...
jom ban exam &
terutama exam yg perlu jawab sangat banyak esei.
save the paper. save the tree. save our earth too.
sgt environmentalist,heh.
Catat Ulasan