Sabtu, Oktober 10, 2009

Pusan Film Festival 2009 : Tak sengaja.

Selepas aku bangun awal pagi Sabtu sebab nak hantar kawan Bangladesh aku pergi perhentian teksi, aku rasa macam nak pergi cari buku untuk hilangkan bosan-bosan nanti. Aku dapat idea. Pergi 'The World Largest Department Store', berada berhampiran pantai terkenal Haeundae, metropolitan Busan (ada orang tulis Pusan). Lepas itu, aku tengok iklan 'District 9' yang ada sentuhan sikit-sikit Peter Jackson (yang buat Lord of The Rings.

# Pusan Film Festival: Kali pertama jejak kaki.

Masa dalam keretapi bawah tanah, gerabak yang aku naiki hampir 70 peratus adalah bukan orang Korea. Dari situ aku dah mula pelik. Macam ada 'event' dunia. Aku syak, mereka ini akan turun ke stesen terakhir; Haeundae yang terkenal bila musim panas, manusia berjemuran disana-sini. Wow. Tapi bila aku turun di stesen tersebut (aku lupa nama, baru 2 kali pergi Centerium City kot). 70 peratus bangsa asing tadi pun turun sekali. Lagi aku hairan.

Aku naik lif (tak boleh naik tangga sebab bahagian wayang je buka). Biasanya yang aku lihat, wayang kalau pergi awal pagi pukul 9, itu tahap kau boleh melenggang dan baling pop corn ke depan. Hari ini ramai sangat. Keluar lif, manusia beratus punya panjang tak ingat. Aku pergi kaunter pertanyaan sebab aku tengok ramai warga asing macam aku pergi situ bertanya. Aku tanyalah, "Hari ini tak ada tayangan District 9?". Gadis kaunter tu jawablah, "Hari ini tak ada sebab sini tayangan filem-filem yang bertanding di Pusan Film Festival,".

Woo. Aku rasa menyesal sebab tak dapat tengok District 9. Tapi aku dapat satu pengalaman baru. Secara tak sengaja aku masuk 3 kawasan utama sepanjang festival filem ini berlangsung!

Aku diberi pamplet, majalah Cosmopolitan percuma (ada poster simbol seks Korea beb; Uhm Jung Hwa). Tengok barisan filem ditayangkan memang international la. Aku pergi beli roti duduk baca Cosmo sambil hirup kopi sejuk. Rasa menyesal tak bawa kamera. Lagi satu, ini peluang untuk tengok filem baru yang belum keluar panggung mana-mana bahagian dunia.

# Yasmin Ahmad: Tahun lepas tahun terakhir rupanya.

Salah satu kejayaan Allahyarhamah Yasmin Ahmad adalah berjaya memecah masuk ke festival filem ini: Pusan. Aku masih sempat bertanya soalan dalam blog popular dia: Yasmin The Film Maker. Soalan aku adalah samada mahu menayangkan filem dia di sini.

Jawapannya: Mungkin kita tunggu tahun berikutnya. Sekarang baru sahaja masuk festival filem mereka.


Mungkin.
Kita baru nak tunjuk muka perfileman kita, tapi sebaik-baik perancangan adalah datang dari-Nya.

Siapakah pengarah seterusnya yang mampu memecah masuk ke festival terulung di Asia ini? Jangan harap Cicak Man lah woi!


# Jangan menghakimi buku dari kulitnya?

Ramai orang berpusu-pusu pergi ke bahagian pawagam. Aku cuba memilih kawasan yang sunyi, dan bosan untuk yang tidak berminat:

Ruang buku antarabangsa (Spain, Italy, English) di Kyobo Bookstore. Kecil ruangnya.

Aku lihat deretan buku disitu memang tak menarik. Banyak buku yang betul-betul popular sahaja dijual. Buku-buku yang sudah dibawa ke layar perak dan cuba ditulis balik ke dalam buku,

Aku duduk atas lantai karpet sambil tangan menyelak-nyelak setiap jild yang ada disitu. Aku jumpa satu buku. Agak usang bukunya. Buruk kulitnya. Berhabuk lagi. Tempatnya rak paling bawah. Aku tarik dan cuma perhatikan tulisan dalamnya pula. Jenis 'paperback', tulisan yang dicetak pakai mesin gelek. Mungkin. Aku selak satu persatu.

Buku ini memang seronok! Tanpa aku sedar, dalam masa 2 jam, aku dah habis suku bahagian buku ini.

# The Mind of the Strategist (Art of Japanese Business) oleh Kenichi Ohmae.

Contohnya begini:

Suatu projek yang diterima mesti dibahagikan kepada beberapa bahagian kan? Kumpulan kecil ini ada yang buat pasal urusan luar, susunan perakaunan, kerja naik taraf dan sebagainya. Selepas diberi tempoh menyelesaikan tugas-tugas kecil yang diberi, mereka disuruh berbincang dalam satu mesyuarat. Akhirnya banyak percanggahan berlaku. Kumpulan ini kata dia buat berdasarkan ini, dan satu lagi berdasarkan benda lain pula. Lalu berpecah kembali menyelesaikan tugas semula.

Ini adalah pembaziran masa yang samar untuk dilihat. Sebab itu suatu projek memakan masa berbulan hanya pada mesyuarat sahaja. Ini merujuk kepada kelemahan sistem birokrasi.

Prinsip lain adalah prinsip 'kita adalah manusia'. Kalau di US, jawatan adalah jawatan. Kau CEO, kau pekerja, kau kuli, kau kerani. Berlainan pula dalam syarikat Jepun. Pangkat adalah pembahagian tugas. Sebab itu ada CEO bekerja bersama kuli bawah dia. Pengalaman aku bekerja di sini adalah lebih kurang sama.

Jadi bos bukan selamanya jadi bos. Bos pun asalnya dari golongan kuli di bawah mereka.

Aku tanya kat kaunter, "Ada yang lawa sikit tak?".
Ada. Aku beli untuk bacaan cuti musim sejuk.

PS: Aku ada poster District 9, pelekat 'Human is Not Allowed' aku ada tiga. Besar. Ingat nak tampal kat pintu bilik.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

nizam baharin berkata...

aku tak tau nak komen apa..ehehheh never been to any filem festival bfore..sekali lagi..aku tabik dgn penulisan kau..hopefully oneday aku boleh tulis cam ko..:)

DandelinoiD berkata...

boleh saja en nizam...
lepas setahun kau jadi blogger!

izzuddin berkata...

gile la menarik buku art of strategies tu, aku ade bace sun tzu nyer, menarik gak, nanti cuti ko balik tak , leh lepak weh, kongsi kongsi ilmu!

DandelinoiD berkata...

aku takkan balik malaysia sampai grad kot...
jom lepak hongdae.! ko kompem tau byk port best lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...