Selasa, September 15, 2009

Kes 'pillow talk' di kala Ramadhan.

Ingat kaum hawa je leh pillow talk?

Ramadhan orang akan ingat syaitan akan dikurung. Lepas itu kamu leh berjalan di kawasan perkuburan tanpa ragu-ragu, yelah hantu kan tak ada. Boleh juga kalau nak jalan kaki di lebuh raya yang selalu diperkatakan ada penunggu, yelah hantu kan tak ada. Tapi pagi tadi kan, aku jumpa hantu mata lebam.

.........

(Ini cerita karut yang memang mengarut)

Malam semalam memang aku niat nak tidur awal, sebab kelas hari ini bermula awal pagi dan berakhir sehingga lewat senja. Lepas aku selak-selak beberapa helai (nak ulangkaji awalnya), alih-alih kawan aku nak cerita pasal diri dia: Jodoh. Tapi aku skip bahagian cerita itu sebab aku takut ada orang kena beli keyboard baru sebab muntah masuk celah-celah huruf ASDF. Jadi, cerita seterusnya...

"Wei, kau nak dengar cerita hantu tak?" kawan aku pelawa.

Aku tengok jam pukul 12 lebih.

"Isk kau ni, cerita hantu plak," aku cuba mengelak nak cerita hantu. Sebab aku akan teringat-ingat jalan cerita itu sampai esok hari. Kemungkinan aku pasti tak boleh tidur. Kamu boleh kategorikan aku seorang yang kecut juga, kalau berkenanlah.

"Rileklah, Ramadhan beb. Mana ada hantu," niat dia nak teruskan gak.

"A'ah erk. Kau ceritalah," aku sahut sambil main klik-klik nota C programming.

Cerita hantu dia makin lama makin kecut plak. Best gak aku rasa, lama tak dengar cerita hantu Malaysia yang super duper horror. Lepas itu pundi kencing aku rasa tak sedap, aku cakap: "Stop kejap wei, aku nak gi tandas,"

Lepas aku balik tandas, cerita hantu bersambung. Aku tengok dah pukul 1 pagi. Aku menjadi pendengar la, sebab tukang cerita banyak cerita hantu. Aku dengar dan dengar sehinggalah aku minta izin pergi tandas lagi.

"Apa pasal nak gi tandas je ni," aku monolog dalam perjalanan ke tandas. Inilah aku, lepas dengar cerita hantu, aku mesti fikir kalau aku berada di tempat kejadian. Masa aku nak pergi tandas pun, aku masih berfikiran ada orang tengah ikut aku kat belakang.

Nak sedapkan hati, aku cakap nak sedapkan hati;

"Ramadhan beb, ramadhan beb, ramadhan beb, ramadhan beb..."

Yelah, bulan suci Ramadhan tak ada hantu.

Sambung balik cerita. Sambung dan sambung. Biasalah dari tajuk soal hati, ke soal jodoh, ke soal keluarga, lepas itu pasal hantu, hantu dan hantu. Lepas hantu-hantu di Nusantara. Aku check jam telefon bimbit, "Dem, dah pukul 3 pagi,". Cerita hantu dah habis, tapi fikiran aku masih berkisar pasal hantu tadi. Lepas itu aku menyesal layan cerita hantu, dah la kelas awal pagi.

Pukul 3.30, aku tak tidur lagi. Pukul 4.00, serupa macam tadi. Pukul 4.30, lagi 10 minit masuk Subuh. Tunggu jap, kalau tidur ni melepas. Lepas tu, nak tidur pun payah. Entah macam mana aku tidur lelap.

No nen na e taeyang, babo ran no e sarang... (lagu wake-up call aku. Kiut kan?)

Aku bangun goleng-goleng dulu. 10 minit lepas itu baru aku ingat kat mana letak tuala, sabun dan berus gigi. Aku masuk tandas, berdiri depan cermin, aku pandang cermin...

Aku tenung...

Tenung lagi...

Tutup mata...

Buka mata...

Tenung balik kat cermin itu...

Lepas itu aku cuba nak jerit...

Cuma dalam hati je aku mampu...




"WT....., mata aku lebam!" Mata aku memang tak boleh buka ke tahap maksimum.

Dalam kelas, apa yang aku pandang semuanya kabur. Terasa useless apa aku ulangkaji semalam. Ini semua gara-gara kes 'pillow talk di kala Ramadhan. Aku sarankan, kalau nak cerita hantu baik korang pakat duduk dalam bulatan cerita pasal hantu. Ramadhan beb...

Sekarang, Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Orang dah sibuk pasang lagu raya, beli baju raya. Aku tak ada baju raya, tak ada kuih, tak ada songkok. Tapi setiap kali Ramadhan, aku pasti ada cerita yang seronok untuk di beritahu berbanding Syawal yang berkesudahan seperti tahun-tahun sebelumnya: kosong. Mari berdoa supaya diketemukan pada Ramadhan akan datang. Amin.

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

nizam baharin berkata...

hoi..pengecut gila kau..ahahah aku dah tau dah saiz kau apa..mesti saiz s ni..ahahhaha :DD

Unknown berkata...

penakut giler ko ni...haha!

ajid berkata...

haha, tatau nak komen per.
sbb ko senior ak xleh la ak nak ckp penakut en.
chewah.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..penakot!

Kalam Hitam berkata...

hehehe!

aku ada kontek 2 3 ekor hantu yg terlepas bulan ramadhan ni.

nak jumpa?

RAWNA berkata...

dah lama gak la tak dgr cite hantu ni.huhu

DandelinoiD berkata...

nizam: haha, siot kantoi ngan kau plak!

ries: biasalah, aku insan biasa...

ajid: kekeke. jinak sungguh sorg ni.

itafukada: lalalalala~

firdaus: leh gak...kontek aku by email.

k.A: haha, sempat lagi sebelum hbs ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...