Akhirnya, aku buat keputusan untuk beraya di Seoul.
Macam kampung halaman aku adalah Seoul, dan aku merantau ke Ulsan. Mengong.
Sekarang aku tengah bersiap-siap menyumbat baju, seluar dan seluar d**** ke delam beg. Lepas itu aku letak novel Mikhail milik Ajeez dan The Host milik aku sebagai bahan bacaan dalam bas. Aku sumbatkan juga nota Fluid Dynamic, sebab minggu depan aku kena buat report. Dah siap kot nak berangkat. Mudah.
Sebentar lagi aku akan beli pelbagai roti sebagai hidangan puasa dalam bas nanti.
Apa lagi aku nak sumbat?
Poket kanan ada kunci, poket kiri ada iPod, poket belakang kanan ada dompet dan poket belakang kiri ada T-Money 3 bandar besar: Ulsan, Busan, Seoul.
Ini entri terakhir kot, sebelum aku cuba memasukkan lagu raya ke dalam playlist aku. Rekod beb, aku tak pernah pasang radio Malaysia semata-mata nak hilangkan mood raya.
SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI kepada pembaca-pembaca blog aku yang sejati, tak pernah miss baca setiap entri sampah aku, tak kira yang berada di Korea itu sendiri, Malaysia, Amerika Syarikat, juga benua Eropah terutama dari England, Manchester (mesti kau perasan ye!).
PS: Aku sayang kamu semua! Haha, geli gelemen.
Kebosanan mencipta kelainan.
8 ulasan:
eh, aku pon balek kg seoul la.
haha~
selamat hari raya
jom2 kita balik sama2...hahaha
ahahah gila la korg balik seoul..ada ketupat ke kat seoul tu..aku buat2 tak nampak je manchester tu..ahahahah syg kau ketat2 gak weh..GELIMAT..ahaha :D
selamat hari raya weh. nanti aku makan lemang ketupat rendang aku akan cuba ingat kat kau dan oh sesiapa sahaja yang di perantauan.hahaha
selamat hari raya gak..
beraya leklok disna..hoho~
heh selamat hari raya...
maaf zahir batain(penah ke aku bwat salah kat ko)
hahahahaha
pepe pon..
selamt beraya kat SEOUL
huhuuhu....
chill :)
selamat hari raya aidilfitri..
jgn sedih2...
SELAMAT HARI RAYA!
Catat Ulasan