Isnin, Ogos 31, 2009

Apa perasaan kamu kalau jadi aku?

Facebook adalah suatu media yang agak 'boom' pada masa kini. Balik-balik Facebook, lepas itu Facebook, lepas buka puasa Facebook, bosan pula Facebook. Tak ada kerja bukak Facebook 24 jam!

Aku suka Facebook sebab salah satu sebab: Ianya mengajar manusia untuk cuba beradab di mana sahaja. Efek lain adalah menjadikan kamu makhluk yang berkata menggunakan akal, walaupun kadangkala aku main hentam keromo juga memberi komen atas dasar suka-suki kala remaja. Sebab lain, adalah banyak permainan-permainan flash yang seronok untuk ditagih.


[Gambar ini aku copy secara sengaja dari kawan aku punya post]

Lihat! Lawak bukan kalau kamu tidak berasional dalam berkata-kata?

Untuk menghindarkan gejala ini, pandai-pandailah menaip. Kawan aku pesan, kau jangan add boss kau, keluarga kau, makcik pakcik kau, adik beradik kau (kalau kau memang nak privasi habis) dan awek kau (kalau kau masih nak berstatus playboy akhir zaman).

Lepas ini bolehlah kau komen awek-awek yang menunjukkan cleavage, atau berpakaian bikini sambil berkata 'body kau hot giler!'. Takpun kau lihat lelaki jambu, kau kata 'GAY!'.

Semalam, sepatutnya menjadi malam nostalgia bagi aku. Semalam, genap 4 tahun aku berada kat negara orang. Terima kasih kepada Pak Nab mengingatkan bahawa kita sudah mempunyai perut buncit! (simbolik untuk menjadi lebih dewasa).

Apa perasaan kamu, kalau jadi seperti aku?

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

George M. berkata...

hehe..
ape kaitan facebook dengan ayat perenggan last?
huhu..
wow, dah 4 tahun?
experience bro.
tu yang paling precious.
:)

Unknown berkata...

HAHAHA! bengong betul!
dah tau add bos kat FB lagi mau kutuk..

DandelinoiD berkata...

puppet: xda kaitan pun...sekadar rasa tiba2 masa cepat berlalu...adeyh

nizam baharin berkata...

aggagagagga..bodo betol pompuan tu..facebook sape tu..aku nak add..lalallaa

SiNuNa berkata...

Salam.

haha lucunye p'puan tu..setepek kena..thumbs up* cari maut lagi, dah kat tempat kerja jumpa org yg sama napela add org yg sama juga kat alam siber.takke boring tu?
Aha tahniah encik dah 4 tahun.

selamat hari yang ke 10 puasa and you'll be more buncit soon..haha( simbolik lbh 'tua')<-- i copy it back..

jijie berkata...

haha..nsb baik pengetua aku takde facebook..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...