Ahad, Ogos 30, 2009

Kemerdekaan dan 'green'nya kita.

Terima kasih kepada Jeremy Clarkson, walaupun personaliti TV yang separa bangang, berjaya membuka mata aku tentang sambutan kemerdekaan negara sendiri.

Bulan 8 di negara kita, Malaysia adalah bulan kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia sekurang-kurang tahu pasal bulan ini. Lainlah kamu baru bertukar kerakyatan atas sebab sudah lama bermastautin untuk suatu tempoh masa lama atau hendak berkahwin dengan salah seorang rakyat di sini.

Masuk sahaja bulan 8, media masa memutarkan kembali sejarah negara; setiap tahun walaupun kita sudah bengap sangat nak belajar sejarah nenek moyang kita. Aku pun tidak terkecuali. Iklan-iklan Petronas yang mencucuk kalbu, selingan rancangan Hari Ini Dalam Sejarah, para wakil rakyat menyarankan suruh gantung bendera dimana-mana: depan rumah, di motor dan kereta. Biasakan situasi ini berlaku? Lepas itu, jadi isu dalam masyarakat kita. Siapa yang tak mahu gantung bendera dikira tidak patriotik.

Ini hanya pendapat peribadi dari kaca mata budak belum graduasi lagi. Tidak adil untuk lihat ke-patriotisme melalui menampalkan bendera di kereta. Aku rasa...

Soal bendera pada kereta, misalnya. Setiap tahun kereta dibina, pelbagai jenama dan rupa bentuk. Dari elemen utama kereta nak bergerak: enjin, transmisi, tayar, suspensi, sistem brek dan aerodinamiknya sesebuah kereta serta keselesaan pemanduan. Hari ke hari, revolusi suatu inovasi kereta adalah memaksimumkan penggunaan bahan api yang terhad. Ahli fizik, journalis menulis artikel mereka menuding masalah dunia pada kereta. Akhirnya, jurutera pembuatan automatif tunduk pada mereka dan cuba menyelesaikan isu ini.

Setiap liter minyak dibakar untuk bergerak, hanya 25~35 % digunakan untuk menggerakkan tayar. Selebihnya? Bunyi, geseran pada tayar, asap kereta; efisiensi tak bagus. Berjuta-juta wang disalurkan untuk research and developement (RND) bidang automasi, beribu-ribu kertas untuk menulis laporan kajian mereka (kertas sudah tentu dari pokok, bukan?) dan berapa gelen air liur untuk menerangkan hasil kajian: cara menambah kecekapan pembakaran kereta terus pada tayar.

Wujudlah, kereta menggunakan elektrik atau hybrid, bentuk kereta yang berbulat-bulat (lihat sahaja pada BMW, Mercedes, Toyota dan Honda). Kesedaran 'save the world' disebarkan. Inilah antara punca Toyota Prius mendapat tempat dalam komuniti kita walaupun rupa kereta itu agaklah kureng (aku rasa). Semuanya untuk menyelamatkan kehidupan sejagat manusia pada zaman akan datang.

Aku agak bersikap acuh tak acuh pada pemilik yang modifikasi kereta untuk tujuan peribadi. Mereka ingin memandu Lancer Evolution X tapi disebabkan tak mampu, mereka beli model kereta Wira dan menambah spoiler ala-ala Evo dan bunyi muffler tak hengat dunia. Dengar macam bergerak 150 km/h tapi hanya bergerak 70km/h, itupun nak pergi kedai cendol depan taman. Nak betul-betul serius belilah enjin V-Tec Honda punya, tak pun beli kereta yang betul-betul macam Evo!

Kamu tahu letak bendera depan kereta boleh mengurangkan efisiensi kereta: sama dengan menambahkan lebih banyak petrol dalam kereta. Walaupun peratusnya tak banyak (aku tak dapat jumpa laporan kajian yang sebenar, dikhabarkan sekitar 3 %), itu sudah cukup untuk menyejukkan sistem penghawa dingin dalam kereta. Alasan diberikan, meletakkan bendera pada kereta mengganggu aliran aerodinamik sesebuah kereta: rintangan untuk menujah ke depan tinggi dari biasa. Aku masih ragu-ragu sebab tak jumpa lagi laporan sebenar tapi aku yakin idea ini memang bagus untuk membuatkan kita berfikir.

Lepas ini, jangan tunjuk orang golongan pertengahan meletakkan bendera banyak-banyak pada kereta mereka sebagai dungu dalam hal ini. Mereka patriotik, aku kagum. Sebaliknya juga, jangan tunjuk orang tak letak bendera pada kereta sebagai tak mempunyai semangat patriotik langsung. Mereka ada alasan untuk tidak berbuat demikian, aku termasuk golongan ini juga. Seperkara lagi, kalau kamu mempunyai kereta Ferrari Enzo atau Porsche Carrera, bayangkan kalau letak bendera depan cermin tu. Buruk, kan?

Jutaan terima kasih kepada insan yang meletakkan bendera pada kereta masing-masing. Mereka adalah golongan yang patut mendapat kehormatan sebagai rakyat bertanggungjawab untuk menghidupkan bulan kemerdekaan. Noktah.

Aku masih rasa hari kemerdekaan adalah hari yang seronok. Ayah aku beberapa kali menyertai perbarisan kemerdekaan, aku bangga ada ayah seperti itu walaupun dia kata penat sangat tapi seronok, katanya. Pada hari kemerdekaan, mak aku suruh bangun awal. Lepas itu seisi keluarga sarapan depan TV menonton perbarisan kemerdekaan. Melihat perarakan kereta kebal, ledakan meriam dan wakil-wakil syarikat multinasional. Jet-jet pejuang lalu, helikopter lagi. Best apa.

Aku masih menyimpan bendera Malaysia dimana sentiasa dibawa kemana-mana sukan yang ada orang Malaysia. Pertandingan skuasy Nicol David dan Badminton Terbuka Korea, walaupun wakil Malaysia kalah.

Mana kita nak tuju, meletakkan bendera sebagai simbol patriotisme atau tidak meletakkan bendera sebagai simbol kita cuba hendak menyelamatkan bumi supaya sentiasa 'green'?

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

zeeyazain berkata...

kalau aku,aku letak bendera kat basikal.amacam?

(tp basikal pon xde)

haha,aku pon tgh bosan gak.off to FB

firdausMohamad berkata...

habes minyak sket utk Malaysia, bolehlah...

hehe!

fauzana berkata...

lepas 31 ogos, cabut bendera, buang (tak kata semua). membazir. baik beli nasi lemak, makan depan tv tgk perarakan hari kemerdekaan. tak gitu? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...