Rabu, September 02, 2009

Setapak lagi, aku berlari.

Maka dengan rasminya bermula hidup aku sebagai pelajar sepenuh masa. Tiada permainan video interaktif, tiada lagi berjumpa polis trafik yang selalu menahan, tiada lagi aktiviti nokturnal tanpa batasan.

Kecilnya kita, cuba merangkak. Lepas itu belajar bertatih. Alih-alih, melompat dari pohon kelapa muda. Itu tak sama dengan sistem pembelajaran disini. Mula sahaja hari Isnin, kamu sepatutnya sudah berlari tanpa henti. Cungap di tengah jalan pun aku kena juga berlari, lari dan lari.

Kelas pertama selepas hampir 2 bulan tak masuk kelas,

Prof: Selamat kembali. Macam mana dengan cuti semua?
Budak-budak: Okey...
Prof: Ada jalan mana-mana selain Korea?
Budak-budak: (tak ada respon)
Prof: Yang jalan luar negara itu janganlah bawa balik penyakit tu...
Budak-budak: (semua memandang aku, hampir 30 pasang mata)
Aku: (!@#$%&)
Prof: Kamu balik Malaysia tak?
Aku: Tak. Duduk sini je.

Alhamdulillah. Aku masih tak ada jangkitan awal lagi. Sebelum aku pergi kelas, aku pergi mesin picit-picit yang boleh keluar cecair pembersih tangan. Kawan aku yang baru pulang dari Malaysia kata, kalau ada kesedaran sendiri belilah sendiri-sendiri.

Aku dapat free!.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Razman berkata...

kadang2 kte tak perlu berlari jika kte bley naek kenderaan awam..

firdausMohamad berkata...

tahniah kamu dah start blajar balik.

mungkin lepas ni harus tukar jadi "pelajaran mencipta kelainan"...

hehehe! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...