Sabtu, Jun 27, 2009

Pernah kamu cakap, "Buah dada cikgu besar,"?

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa padahnya,"

Ini peribahasa turun temurun diajar oleh moyang kita supaya anak cicitnya menjaga mulut. Tapi bagaimana untuk manusia yang jujur memberi pendapat tentang sesuatu?

Aku mulakan dengan keputusan kertas Bahasa Inggeris ketika semester 1 Tingkatan 5. Aku bukan manusia yang dianugerahkan bijak berkata-kata dalam bahasa lain, tak kisah ianya bahasa Jawa, Inggeris, Arab mahupun Korea. Memang diakui, aku lemah dalam subjek bahasa.

Hari itu aku tersilap menyelitkan slip keputusan peperiksaan. Slip itu dilihat oleh guru bahasa Inggeris aku. Dia menegur aku, tentang pencapaian cemerlang dalam semua subjek tapi hanya satu yang aku tak cemerlang, corot istilah sesuai untuk kamu tafsirkan. Punyalah marah tak ingat dunia, dia beranggapan aku seolah-olah malas belajar dalam kelas dia tapi kelas lain aku ambil perhatian. Aku ingat episod tegur dan marah sikit-sikit berhenti disitu. Tapi...

Aku disuruh ke bilik bahasa selepas sesi persekolahan tamat dan sebelum sesi makan tengahari di dewan selera.

Bermulanya aku sebagai budak macam kena 'detention'. Setiap hari aku kena membuat ulangkaji tatabahasa bahasa Inggeris, tidakpun aku kena menulis karangan bahasa Inggeris sebanyak 2 karangan setiap satu 100 patah perkataan. Tajuk adalah bebas, seperti kucing, meja, pensil atau tandas pun boleh dijadikan tajuk. Dalam seminggu aku kena menghadap dia 4 kali, Jumaat dikecualikan kerana pergi solat Jumaat. Dalam seminggu itu juga, aku kena membaca satu artikel panjang dalam majalah Reader Digest milik cikgu tersebut dan terpaksa membuat rumusan mengenai artikel tersebut.

Serius, aku muak, aku menyampah, dan bosan lagi-lagi dengan buku Reader Digest. Aktiviti berjumpa dengan dia 4 kali seminggu juga menyebabkan aku adalah golongan pelajar terakhir makan di dewan selera. Kesannya, aku tak dapat minum air sirap dengan ketulan ais atau buah-buahan seperti tembikai susu kena dilupakan.

Selepas itu, kedengaran suara-suara dalam kelas aku jambu cikgu. Mereka tak tahu ketika mereka hanya perlu membuat satu karangan setiap minggu, aku membuat lebih dari lima. Itu menjadi kegilaan. Hari-hari aku duduk di bilik bahasa, meja tetap aku adalah meja bapa Malique Too Phat iaitu Sir Ibrahim. Hari-hari juga aku menghadap muka Malique dengan artis Indonesia Dian Sastrowordoyo.

Bosan, bosan, bosan.

Suatu hari ketika sesi prep petang. Budak-budak lelaki kelas aku duduk meja belakang, aku tak tahu apa tajuk awal perbualan mereka. Aku masuk dalam kelas je, salah seorang dari mereka tanya aku;

"Hari-hari ko dengan teacher ######## mesti best,"
"Apahal lak?"
"Yelah, ko tak rasa tetek teacher besar?"
"Erm, bolehlah,"

Kepada pembaca perempuan, kamu nak cakap lelaki memang dasarnya pervert, mungkin ini bukti kamu boleh tunjukkan kepada bekas teman lelaki kamu atau adik abang lelaki kamu. Aku jujur atau aku cakap lepas?

The real men keep their secret very well.

Salah satu dari golongan yang bersembang itu adalah pelajar kesayangan cikgu Bahasa Inggeris aku. Dia lebih disayangi sebab prestasi peperiksaan Bahasa Inggeris yang sentiasa cemerlang. Aku tak tahu yang kenyataan aku akan bertemu noktah sampai disitu sahaja. Tidak diteruskan.

Seperti biasa, aku melalui minggu seterusnya.

Aku masuk ke bilik bahasa, aku pergi meja cikgu tu. Aku letak karangan aku depan meja dia. Aku berdiri depan meja dia. Dia tenung aku. Tenungan dia lain macam. Gaya tenungan dia sama ketika dia marah aku pasal keputusan peperiksaan yang lepas. 2 minit lepas itu dia bersuara.

"Apa kamu cakap dalam kelas tentang saya?"
"Hah?". Aku buat muka yang memang aku tak tahu apa-apa.
"###### (nama budak jambu itu) dah bagi tahu pasal statement awak tu,"
"Yang mana ni?". Aku memang tak tahu apa-apa.
"Yang kamu cakap masa prep petang,"
"OUCH!"

Aku berpaling muka dari situ. Gila. Segan se-sangat!

Tak sangka dia tahu yang aku cakap pasal buah dada dia besar!

Muka merah tak hengat dunia. Aku memang nak cari alasan supaya dapat beredar cepat dari situ. Aku cuba berfikir alasan dengat cepat. Tapi...

"Kamu duduk sini," Dia tunjuk kerusi kosong sebelah dia.

Aku turut sahaja kata dia. Muka aku langsung tak pandang dia. Aku hanya menatap lantai simen warna kelabu. Diam seribu bahasa. Aku menanti reaksi seterusnya, yang mana aku mengagakkan nada marah akan didengari.

Aneh.

Sebaliknya berlaku. Dia begitu rilek. Siap senyum dan berkata, "Lain kali jangan cakap bukan-bukan. Jaga mulut tu,". Perbualan seterusnya berkisarkan kesalahan tatabahasa dalam karangan yang aku buat.

Perasaan malu itu masih ada. Tambah lagi satu, aku rasa begitu weird. Lebih rapat. Selama ini aku tak pernah tahu pasal famili dia. Kalau ada waktu kosong, dia cerita pasal anak dia, suami dia yang selalu out-station, pasal zaman muda dia di universiti.

Macam kisah skandal pun ada.

Untuk mengurangkan masa aku menghadap dia, aku suruh orang yang pandai membuat karangan Bahasa Inggeris aku tanpa kesalahan tatabahasa. Kurang kesalahan, kurang teguran. Maka kuranglah masa aku duduk bilik bahasa. Aku memang mempunyai perasaan yang agak weird.

Kesan sesi selalu berjumpa dia yang seolah-olah detention ini, aku memdapat keputusan baik dalam subjek Bahasa Inggeris. Terima kasih aku ucapkan.

Aku juga belajar satu benda yang tak dapat dalam kelas. Jangan mengeluarkan kenyataan lucah sesuka hati dikhalayak ramai, contohnya: "Hey, buah dada kamu besarlah!". Mungkin kena pelempang, atau kejadian sebaliknya macam kes aku. Tidak dimarahi, malah disambut dengan senyuman lebar.

Persoalan tentang cerita ini;

Adakah kamu suka apabila mendengar orang cakap kamu mempunyai buah dada besar?

Kamu akan segan untuk memberi komen disini, aku pasti!

Kebosanan mencipta kelainan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sape teacher ko mase f5? sir ibrahim ke? haha

dandelinoid berkata...

cari sendiri la...
itu tugas utk kamu~

Tanpa Nama berkata...

gila bewawasan...
xsenonoh tol..
adeyh!!~

izzuddin berkata...

mak aih relax giler~!! giler conservative cikgu bahase inggeris ko~!! kne training hari hari, cikgu aku wat dek jer,hahha lantak korang la nak belajar ke tak nak , korang nyer pasal~!!

syahme berkata...

hahahah..citer adib sejak kebelakangan ini sangat la..aigu...

Princess berkata...

mmm..sape ek ckgu tu..nk kene bukk mjalah ek..hehe

Tanpa Nama berkata...

entry2 terakhir dalam blog ni mcm menggolongkan kmu dalam golongan wajib kahwin...huuuu~...from....(AnyNoMouS kot) summer mmg memanaskan semua orang.....

Tanpa Nama berkata...

yar.. ni baru adib.. good job bro. as i m guy like u adib, kita mesti ada fantasize someting about our teacher's 'something' .. haha. this is not pervert. it s natural . guys are born with this 'way of thinking' .. haha

dandelinoid berkata...

kau gila! aku tak ada fantasi sebegitu...
aku mangsa keadaan yakni bualan rakan-rakan!

kah kah...

ps: siap kau, komen bukan-bukan

zach berkata...

hahaha... lelaki... mmg gitu...
kan?

kalau x,xde la laki yg nk kahwin dlm dunia ni...(ayat cikgu pend.syariah islamiah aku)

Tanpa Nama berkata...

haha kool2

Tanpa Nama berkata...

adib ko cakap pasal ###### ehhh...?
haahhaa:D
dak jambu... teachers pet tuhhh ka...?!
hahaaaa:D
giLe arrr sib bek hg tak kena pukol beramai2 lam bilik guru...
kLo hg kena... roger ja..
ak dtg bawak fire extinguisher...
sememangnya ak suka main serbuk2 berwarna putih..."D

koktel berkata...

haha..gler la adib..sape jek ckg english kite dulu..ermm..lpe r plak..

emphbone berkata...

igtkn cite lucah td.. penat aku google

Tanpa Nama berkata...

aku pun penah cakap...1 day cikgu tu suruh aku datang bilik guru...aku pun pg..dia tak marah..dia buka baju dia depan aku suruh aku hisap tetek dia...besar juga..frsh sbb masih dara...bez saya punya cikgu BM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...