Jumaat, Mei 08, 2009

Ditumbuk orang, sakit!!! [Bhgn. 03]

Sambungan dari bahagian 02...

Beberapa minggu selepas itu.

Sedang aku lepak muka bilik sambil mengetip kuku, ada orang aku kenali sebab dia pernah sekelas dengan aku datang bawa mesej.

"Kau boleh datang bilik aku sekejap, ada hal jap,"

Aku tak tahu itu pelawaan maut. Aku dengan hati tenang, tenangnya hati selepas memotong semua kuku menjadi pendek. Aku masuk bilik itu, gelap. Kelibat manusia agak ramai, ruang bilik itu tak sesuai untuk bilangan orang yang sebegitu ramai. Aku tak cam mereka, pandangan gelap membataskan mata.

Lepas itu ada suara suruh duduk atas kerusi. Aku duduk, macam pak turut. Aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Sekarang, aku berada di tengah, orang yang ramai tadi mengerumuni aku. Mereka berada dalam keadaan bulatan, seperti aktiviti usrah mingguan, cuma lainnya, tak ada orang yang bagi tazkirah dan rata-rata semua berseluar pendek.

Situasi berubah, dah jadi sesi soal jawab dalam balai polis. Pelbagai soalan diajukan...

Soalannya tak jauh mana lingkarannya, kebudak-budakan. Ada ker tanya...

"Kau tahu tak, cikgu lantik kau jadi ketua projek dah kira hebat? Dah cukup poyo?"

"Wei, baru jadi ketua projek nak berlagak..."

...semua yang bertanya adalah budak-budak ABC yang selalu buat kepoh ketika mesyuarat kelab tak aktif itu. Ketua kelab itu berada di belakang, hanya memandang aku dengan mata yang tajam, atas dasar tak puas hati aku ambil alih peranannya. Bangang!

Kalau tak tahu kehidupan asrama lelaki, budak-budak lelaki belasan tahun ini suka mencari pasal untuk belasah orang dengan apa alasannya pun. Termasuklah, alasan yang dipakai ketika ini, adalah kerana aku dikatakan seolah-olah aku ambil alih peranannya dalam kelab tak aktif itu.
Betapa tak matangnya fikiran manusia ketika belasan tahun.

Tumbuk hinggap pipi kiri, tapi masa tumbukan yang hala ke kanan, aku tahan. Kalau kamu tahan tumbukan orang, itu isyarat dia tak puas hati dan mahu yang lebih dahsyat lagi. Tendangan pada dada pula. Dan, beberapa lagi tumbukan rambang entah bahagian mana.

Esoknya, kesan tumbukan tak berapa jelas. Ada beberapa orang kawan respon dengan lebam, dan mahu bertindak balas. Macam cerita mafia, kan? Itulah realiti bakal berlaku. Aku balik rumah hujung minggu, mak aku tanya, "Apsal muka tu?". Aku menipu, aku cakap, "Jatuh katil,".

Selepas tempoh yang lama, aku jumpa dengan orang yang tumbuk aku (bukan ketua kelab itu, dia pengecut orangnya). Dia siap bergurau dengan aku, makan bersama, naik motor sama-sama. Aneh? Tak langsung.

Cuma, aku masih ada hati nak calarkan kereta guru yang suka menangguk. HAHA.

Zaman budak-budak terlalu tidak matang untuk diketengahkan.

[Ini adalah entri panjang (3 entri) aku respon terhadap blog Haikal, mengenai gejala samseng di Malaysia. Tak lupa juga, mangsa-mangsa ragut. Baca blog ini, (Klik) idea terbaik tentang mengurangkan gejala ragut]

Segala persoalan-persoalan yang ada dalam cerita ini boleh dikemukakan. Ada entri susulan selepas ini. Itupun kalau mendapat respon bernas dari kamu semua.

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

zach berkata...

serius,aku nak tgk muke ko lepas kena belasah tu...

belajar aikido ngan aku la, nak?

hakhak...

ntahlantahla berkata...

senanye.. bile nye ko kene time ni? zaman skola dulu xde pon.. ke zaman sebelom ko masuk skola??

dandelinoid berkata...

haha...yang pasti sebelum aku kenal ko.

blurryfella87 berkata...

wah..tak sangke berjaya hak aku bc ketiga2 part cite ni!!menarik!we want more!

zaiy berkata...

budak sekolah mmg tak matang lagi.

suke wat kecoh padahal hal remeh je pun.

Tanpa Nama berkata...

biar benor..ko sndri ke yg kna
ish2...bdk skolah mcm tu dah
hah hbs jgak cita ko aku bca hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...