Rata-rata cerita dalam di sini adalah perbualan yang berlaku di kalangan orang yang berada disekeliling aku, tak kisahlah samada dia adalah makcik pembersih tandas ataupun budak kecil yang merengek meminta gula-gula di kedai.
Sekarang, banyak masa aku dihabiskan dengan membazirkan dakwat hitam. Menulis pelbagai laporan yang membuatkan kepala separa gila, ataupun melihat deretan nombor-nombor yang banyak di papan monitor. Wow, aku memang betul-betul seorang pelajar yang agak skema sekarang!
Hari-hari yang berikutnya, aku ramalkan sendiri dari kacamata aku: aku akan melalui fasa kehidupan yang mana aku akan jadi bukan manusia. Mungkin aku akan jadi sebuah android yang dikepalanya, ada deretan tugas untuk dilaksanakan, semuanya melibatkan dunia kejuruteraan. Termasuklah haba musim panas, litar yang makin berselirat, objek terapung di air atau kejadian spring yang nak berhenti berayun.
Mungkin ini adalah faktor mengapa banyak jurutera lupa hal isu semasa. Tak pernah pula aku kira orang dah mati sebab selsema khinzir (kata ibu, jangan cakap babi, tak elok). Aku pun baru tahu bahawa selsema khinzir sudah ditukar nama yang lebih saintifik dan lebih cool. Ala, yang ada huruf H, tapi bukan Triple H.
Aku mungkin akan berundur sekejap, nak kumpul-kumpul idea menarik untuk dikupas. Idea menarik biasanya berlaku apabila aku tak ada tugasan untuk disiapkan.
Kamu ada isu untuk aku kupaskan dari pemikiran seorang lelaki?
Aku alu-alukan.
Shuuh. Aku akan kembali 24 haribulan nanti.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan