Sambungan dari bahagian 01...
Aku telah bertindak bodoh sekali. Aku telah naik taraf sijil aku, bukan sijil free.
Kesilapan dari mulut dan kelenjar otot kepala yang tiba-tiba berfikir kreatif.
Aku tak suka buat kerja yang status minda aku kata 'tak nak'. Bukan kerelaan, sudah menjadi paksaan. Terpaksa buat, apatah lagi aku kena bekerja dengan orang yang rata-rata aku kurang kenali, dan ditambah lagi golongan budak-budak ABC yang bongkak sekali nadanya.
Bila aku diamanahkan buat suatu kerja, aku suka buat sampai menghampiri kesempurnaan. Walaupun aku tahu realiti alam kata, tiada yang sempurna. Transilasi lain, aku cuba buat yang terbaik. Itu memerlukan komitmen yang tinggi dari aku dan anak buah aku.
Bayangkan, kalau kamu memakai kasut aku (aku suruh kamu jadi aku, ler). Kamu bekerja dengan manusia penuh egoisme, orang egoisme itu pula disokong orang belakang yang bertindak seperti minyak petrol. Ada juga yang bertindak jadi mancis. Budak-budak ABC ini mahu memboikot tindakan guru tersebut, dengan tidak mahu ikut cakap aku selaku ketua. Ya, aku kan orang yang hanya angkat tangan tanpa berkata apa-apa ketika mesyuarat. Mana layak, tiba-tiba dilantik ketua projek.
Serius, ketika itu darah muda membuak nak cari duit 20 sen, guris kereta Wira Aeroback dia.
Aku beri arahan, aku buat kerja, bantuan oleh ahli lain. Budak-budak ABC? Haram, sambil lewa. Serius, apa seronok sangat jawatan kelab tak aktif. Dapat sijil kena kerja susah.
Aku buat sungguh-sungguh. Belum lagi makan perli oleh kawan-kawan aku.
"Kata tak nak aktif, jadi orang penting plak tu!". Antara perli paling kerap.
Penat tak usah cakap. Jangan lupa, balasan Tuhan itu adil. Dihakimi berdasarkan usaha kamu. Tak usaha, tak adalah hasil.
Senang cerita, aku ubah pandangan orang lain terhadap 'Kelab Tak Aktif' ini kepada 'Kelab yang mampu bertanding'. Guru yang paksa aku sukalah. Mana tidaknya, habis dia canangkan kelab kelolaan dia adalah kelab yang berubah setelah diletakkan di bawah jagaan dia.
Apa motif guru itu nak bertindak dia seperti hero? Guru ini aku gelarkan guru gila kuasa juga. Guru yang menangguk. Guru yang menumpang glamer, mungkin targetnya adalah menjadi guru besar; duduk dalam bilik air-cond dan memiliki ruang memakir kereta sendiri sebelah pejabat.
Saat manis, adalah ketika aku menyambut hadiah yang aku menangi untuk kelab tak aktif ini. Aku berterima kasih kepada ahli kelab tersebut, hampir 60 peratus aku tak ingat siapa mereka pada mulanya. Komitmen mereka amat tinggi.
Orang tua selalu berpesan, bila kita berada di atas, ada orang berada di sekeliling kita, ucapkan tanniah atas suatu kemenangan, bersalam rapat. Tapi dihati mereka, ada niat mahu menjatuhkan siapa kamu. Mereka ini hati yang penuh hasad dengki, egoisme lelaki yang tidak berkesudahan, tanpa kawalan.
Hinggapan tumbuk di muka taklah semanis menyambut hadiah kemenangan. Terlalu sakit, sampai sekarang aku menaip setiap patah kata, aku masih ingat saat itu, tak lupa sijil kelab itu.
Sijil kelab itu aku masih simpan sampai sekarang. Aku tak letak dalam resume aku pun. Setiap kali aku pandang sijil itu, cerita ini akan terjah memori aku. Sijil paling mahal, kot.
[Bersambung...]
PS: Maaf, kena ada sambungan lagi sampai ke-tiga.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
t`pikir2.. btol ke kena tumbuk kat muka??
hah.sah dah macam lord of the rings.
Huhu..
okay2,aku tunggu sehingga cerita akhir.:p
haha...bosan2...
tiba-tiba panjang gila...
Catat Ulasan