(Aku memberi jaminan, ada orang anggap aku terlalu racist terhadap jantina lain. Baca dengan hati tenang dan terbuka. Ianya hanya mengajak kamu berbicara hal bukan serius, memang tak serius)
Apabila matahari tergelincir sedikit dari tengahnya...
(M: Orang Lain, A: Aku)
M: Tengok tu, budak sekolah dah dapat bunga...
A: Erm...biasalah. Perempuan dan bunga...
M: Aku tak faham. Perempuan suka bunga, lepas tu esok layu. Lepas tu nak lagi, membazir beli bunga. Dah lah harga agak mahal...
A: Erm...(teguk air)
M: Aku rela belikan handbag, kasut...bunga? Isk, serius membazir...
A: Haha. (Aku senyum)
Aku rasa dari zaman purba Mesopotamia ataupun kemunculan puak Aryan didunia, bunga simbol kasih sayang dari lelaki ke wanita atau sebaliknya. Dulu-dulu, tak kisah warna bunga apa asalkan itu bunga, boleh selit ke rambut wanita, bagi sejambak. Wanita zaman dulu juga, kira dah faham isyarat menerima bunga: bermulanya pertautan.
Zaman sekarang, orang pandai sangat sehingga tak ada kerja. Mana taknya, bunga ros berwarna kuning dan merah dibezakan. Lepas tu memilih nak bunga apa. Bunga taik ayam tak nak pula. Nak jambakan lavender la, 33 kuntum ros merah, 33 kuntum ros ungu, 33 kuntum ros pink dan satu kuntum ros putih. Inovasi menjadi dengan peredaran zaman.
Isunya sekarang, aku tahu ia masih relevan memberi bunga pada wanita. Lupa, ia juga masih relevan memberi bunga kepada guru besar yang hampir bersara atau pada hari guru. Situasi di atas adalah luahan lelaki yang sudah berpunya.
Aku rasa kalau tak ada wanita yang mempunyai perasaan terhadap bunga, penjual bunga tak akan wujud bukan? Aku rasa sebegitu. Kiranya, penjual bunga seluruh dunia pasti mengucapkan terima kasih kepada wanita yang sentiasa inginkan bunga segar dalam pejabat atau di atas meja studi kamu.
Kamu sudah tahu fikiran lelaki tentang bunga...
Kalau kamu wanita, adakah kamu masih hendak memaksa suami/teman lelaki/murid-murid lelaki kamu membelikan bunga, dan esok akan mati dalam pasu bunga?
Atau, kalau kamu lelaki, adakah kamu berfikiran sedemikian? Padahal, wanita amat mencintai bunga dan mereka akan meminta setiap hari atau seminggu sekali. Sanggupkah kamu?
Aku tak pernah bagi bunga pada orang lain. Sebab itu aku membawa isu ini untuk diketengahkan. Erk, aku nak bagi bunga pada siapa?
Kebosanan mencipta kelainan.
16 ulasan:
-ulsanian-
ak nk bunge time ak grad nnt!!
sbb nk amik gmbr dgn bunge byk2
hahaha
dh kurang dh pompuan yg mintak bunga2 zaman skrg ni..skrg dorg lg demand mintak ipod touch ataupun handset 3G..kikis habis-habisan..lol~
ha3^^
haha...
setakat ipod touch ok lagi...
kalo nk bmw utk gi tmpt keje?
mampus...
ape ade kat bunga? wangi?lawa?menarik? atau sbb die bende hidup melambangkan suburnya perasaan cinta?
aku rasa x semua lelaki yang berfikiran bagi bunga membazir.Ada lelaki yang sanggup membelikan bunga sebab ia sebagai simbolik kasih dan sayang dia terhadap perempuan itu.Cinta itu bisa membuat seseorang gila.Romeo sanggup mati kerna juliet inikan pula membeli bunga.
isunye sekarang:
saya wanita...tp saya amat tidak suka dpt bunga..jd macamana tu? xD
perempuan suka bunga sebab cantik mungkin.lelaki x suka bagi bunga x pe la,abaikan je kalau isteri mintak.kumpul duit, beli bmw.
ada apa kat bunga?
banyak benda, tengok juga bagaimana kamu berfikir...
@jijie- ada orang tak suka nasi lemak walaupun sedap, tak suma wanita sukakan bunga...
@hac01- aku setuju, bunga aset luahkan perasaan... tapi tak semua lelaki menjadikan bunga alat luahan perasaan kan...
@teyu - aku tengah kumpul beli bmw, tapi aktiviti menabung jd payah kalau bini ari2 mintak bunga....
nyampuk jap..
setuju bunga luahan perasaan..
tapi agak melampau kalau demand nak bunga tiap2 ari kan?
laen orang laen cara nak express perasaan..
tak salah kalau nak express perasaan melalui bunga tapi perlu la berpada2..
senang cerita, kalau rasa da sampai tahap membazir tu, tak patut la kan?
pandai2 la pikir..
:)
ada ke perempuan yg nak bunga hari2?
i love flowers too.
tp tak penah dapat bunga.
semua beli sendiri.
secara rationalnya,
bunga dan perempuan adalah dua perkara yg synonym.
tp, kalau dah everyday asyek mntak nak bunga, (bunga mahal plak tu)
dh xde la rationalnya.
tu membazir!
konklusinya,
kaum lelaki sbg bf,
pandai2 la pikir.
kalau tak mampu nak bg bunga, kalau tak nampak dimana nilai sejambak bunga,
takyah bg bunga
terangkan kat gf korang baek2
sure dia paham
insyaAllah.
saya x suka sgt bunga...pening...
saya pun x harap lelaki bagi saya bunga...sbb membazir...mahal...baik dia beli coklat...lagi best...tapi kalau nak bagi jugak,3 kuntum cukup...hakhak...layan jela
miss zaza@: ni tgh berfikir la ni, tp aku akan memberi bunga pada orang yg aku suka...
zeeya@: bg ko bmw je ok? hahha...bunga x best utk ko...
cool... bmw best...utk besday aku ke?
bunga ...it's not a big deal for me...but the way the man express 'emself in showing luv...
bunga - is just one of it la...
dan banyak lagi benda2 lain kan...
xyah laa nak pk about bmw ke ape ker...
girls (certain) dun need dat...hee~
sy lebih suka kalau org sudi tanam bunga ros depan ruman sy.
sbb sy suka bunga tapi sedih bila tengok bunga layu.
Catat Ulasan