Sabtu, April 25, 2009

Andaikata, Edward Cullen berhijrah ke Malaysia.

Aku terbaca forum tentang siapa artis Asia yang patut membawa watak Edward Cullen. Rata-rata memberikan nama artis Korea memandangkan mereka agak sesuai. Owh, lupa nama artis Jepun juga dicanangkan.

Aku terfikir satu benda yang tiada logika. Begini, kamu tahu bukan Edward Cullen? Lelaki yang diminati seluruh dunia oleh setiap lapisan wanita di muka bumi. Ada juga lelaki yang cemburu dengan abiliti romantik yang dimiliki oleh Edward Cullen.

Bayangkan. Andaikata Edward Cullen secara tak sengaja memilih Malaysia sebagai destinasi imigrasi keluarganya. Niat dia nak rasa pengalaman duduk di Asia, dan dia memilih Malaysia. Sebabnya adalah moto Badan Pelancongan Malaysia: Malaysia Truly Asia.

Ini antara yang berlaku kalau Edward Cullen dan sekeluarga berhijrah ke Malaysia:

1. Akan memiliki kawan yang baru, mempunyai citarasa yang sama.
Lepas ini, dia tak payah gaduh dengan werewolf. Dia boleh lepak atas pokok dengan pontianak. Pontianak dikira vampire versi Malaysia, kan? Selepas ini, budak balik mengaji boleh jumpa Edward Cullen ketika melintasi pokok beringin yang rendang.

2. Tempat tinggal sebelah Cameron Highland, kot.
Susah aku nak fikir kawasan yang lembab dan tak banyak cahaya matahari. Ada cadangan sesuai?

3. Tak merasa sambal belacan tempoyak.
Ini suatu kerugian untuk Edward Cullen. Dia tak boleh pekena teh tarik di kedai mamak sambil menonton EPL. Tidak pun, orang bagi berkat kenduri kahwin akan berakhir di tong sampah saja. Alamat ruginya, tak merasa nasi lemak, budu, keropok lekor dan sebagainya.

4. Kena blacklist dengan JPJ.
Duduk kampung ingat tak ada polis trafik jaga? Tak boleh bawa kereta BMW laju-laju dikawasan kampung. Kalau bawa laju juga, mungkin kena makan carutan pengembala lembu yang menebas rumput tepi jalan.

5. Makanan buruan kegemaran: Babi Hutan.
Duduk US bolehlah sedut darah beruang dalam hutan. Malaysia? Harimau atau babi hutan jadi pilihan. Lepas ini, tak ada ruangan dalam Harian Metro: Penoreh Getah kena Sodok oleh Babi Hutan. Sebab babi hutan dah kena balun dengan Edward Cullen.

6. Tak mainlah kereta nasional macam Kancil dengan Satria Neo.
Kamu tahu citarasa Edward Cullen terhadap kereta mewah. Jangan harap kamu boleh lihat Edward Cullen bawa kereta Kancil berdesup di lebuhraya dengan kelajuan 140 km/h.

7. Hobi baru, merempit barangkali.
Edward Cullen sukakan kelajuan. Pasti dengan naik panas dengan mat rempit yang bawa motor kapcai berdesup sana-sini.

8. Boleh jadi pemuisi, penyair, pendebat.
Duduk Malaysia, sekurang-kurang ada ruang dia nak belajar bahasa Malaysia. Lepas itu boleh lihat Edward Cullen cakap Melayu stail leleh-lelehnya. Boleh terlibat pertandingan pantun peringkat sekolah. Masa ini, ramai gadis Melayu jatuh hati pada kata-kata Edward Cullen.

9. Aktif dalam rukun tetangga, sebagai peronda malam.
Edward Cullen tak boleh tidur malam kan? Lepas ni ada ketua kampung akan menawarkan tugas meronda malam-malam. Ini boleh membantu mengurangkan jenayah seperti rogol.

10. Cikgu disiplin dah macam member.
Sebab selalu ponteng kelas, kena panggil menghadap cikgu disiplin. Ingat senang-senang je ponteng kelas?

11. Bapa Edward Cullen tak akan kerja di hospital kerajaan.
Kalau kerja di hospital kerajaan, dengan gaji sikit, macam mana nak bayar ansuran kereta BMW? Gila apa.

Ada idea nak menambah situasi yang mungkin berlaku kalau Edward Cullen berhijrah ke Malaysia? Tak kenal siapa Edward Cullen? Pergi Google.

Aku nak sambung Twilight Saga yang ketiga: Eclipse.

Kebosanan mencipta kelainan.

12 ulasan:

zeeyazain berkata...

cullen is hot...kalau dia duduk kat mesia,kompem lepas 2-3 hari muka macam lobster...

nOrLen berkata...

haha...kalo lar dia duk di malaysia...(^_^)!!

Zaiy berkata...

kalau edward dok msia, susah nak beli minyak kereta. sbb stesen minyak slalu dkat tmpt yg mndpt sinaran matahari yg amat banyak

tiQa berkata...

pandainy ko mncipta kelainan. haha.
aku nak dia dok sebelah rumah ak leh dib? :D

dandelinoid berkata...

@zeeya: aphal lobster lak?

@zaiy: owh, tak perasan lak kedudukan setiap stesen minyak. cekapnya mata kamu!

@tiqa: kiranya dia duduk sarawak? haha...

Lambugelica berkata...

malaysia panas la...nnt dia cair sparklespakle gitu.haha klakar giler topic ni..haha



u bace pdf ke buku??

dandelinoid berkata...

baca buku le...
x sanggup nak menghadap komp lama-lama...

tiQa berkata...

ooo..ko ketawa ey?? :D

syahme berkata...

wah ko dah start dah bc eclipse ke?aku masih stuck kat tgh2 lagi..
aiguu..
ko tak wat jacob in malaysia lak ke?hahaha..

zeeyazain berkata...

lobster merah...
muke panas=merah mcm lobster...

x pernah dgr perumpamaan sebeginikah?

Diloz berkata...

Edward Cullen menang anugerah bintang popular Berita Harian tanpa bertanding.

Nabil nak lawan?
pirah!

Tanpa Nama berkata...

uishhhh jgn kata.... aku rela jadik pontianak..ngeee.... leh lepak kat pokok ngn edward..haha~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...