Rabu, Mac 18, 2009

Aku benci hari Selasa!

YE! Aku amat membenci jadual kelas aku pada hari Selasa. Penat, letih, ngantuk.

Bermula 9 pagi, sehingga 8 malam. Tengok sahaja di bawah ini (jadual aku semester ini).


Antara kejadian yang berlaku pada hari ini (Selasa):

1. Pernah makan Samgak Kimbab ala-ala bubur?
Aku lapar sangat. Tak ada masa makan tengahari. Aku hanya lepak di 7 Eleven di bawah bangunan automatif dan mekanikal. Seperti biasa aku panas kan, (hanya perlu 20 saat untuk sedap dimakan). Aku letak, tekan butang '1 minit' (tak ada butang 20 saat ok!). Aku tekan, duduk tengok TV...fikiran aku tertumpu pada TV. Tidak semenanya, berasap microwave. Hoh, gila. Kimbab aku menjadi cari seperti bubur. Petanda aku memang letih.

2. Aku tidur di perpustakaan tanpa dikejutkan.
Nak balik bilik, tak berbaloi. Aku lepak di perpustakaan bahagian buku masak-masak (masakan Perancis, Korean dan Jepun memang banyak disitu). Ingat nak studi untuk kuiz Thermodinamik, alih-alih aku tidur. 20 minit sebelum kuiz aku bangun. Petanda aku tak cukup tidur buat report yang banyak di malam sebelum itu.

3. Banyak kali sambungan wayar aku tak betul.
Aku ambil subjek Elektrikal (yang asas-asas) disebabkan salah satu subjek yang membolehkan aku grad. Kelas ini di pagi hari, peristiwa tersalah cucuk wayar menyebabkan proses eksperimen dibuat 2 kali. Alih-alih, tidak mahu menambah kerumitan, aku hanya menjaga butang 'OFF' dan 'ON' di hujung meja. Ini disebabkan report kelas ini yang melambak. Rugi aku ulangkaji bagaimana menyambung litar yang lengkap.

4. Aku hanya menatap muka cikgu, bukan papan hitam.
Subjek 'Applied Fluid Dynamic'. Kelas yang asalnya 100 peratus bahasa Inggeris, tapi disebabkan rasa belas kasihan seorang guru kepada pelajar Korea-nya, guru ini mengulang apa yang minggu lepas. Yang beza dalam bahasa Korea pula. Buat apa aku buat persediaan tajuk seterusnya? Baik aku studi untuk kuiz.

5. Kuiz yang penuh kesilapan kecil.
Kuiz ini keluar sebijik dari buku yang aku belajar. 80 peratus aku dah buat, kalau secara teori aku boleh senyum selepas itu. Lepas hantar jawapan aku, rupanya aku tersedar banyak kesilapan kecil berlaku. Akibat kurang tidur dan penat.



Minggu depan kuiz lagi. Kalau perkara yang sama berlaku, aku akan bangun setiap pagi Selasa dengan harapan hari Selasa hari cuti.

Balik, aku makan nasi 2 mangkuk (bukan pinggan). Aku kebulur, minum kopi di waktu pagi, tengahari: kimbap bubur. Itu sahaja.

PS: Aku dah siapkan segala report sebagai persediaan hari selasa yang bakal mendatang! Yeah!

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sian dowh ko...haha

Tanpa Nama berkata...

oi bape hakjom ko amek sem ni? macam free je jadual kau.Kuiz kuar dari buku? dem senang

Tanpa Nama berkata...

tima kasih,

hac01: hangguk ko! dia kata mana2 leh kuar... sbbkan 1st time, dia bantai buku dlm kelas..
hampeh

Tanpa Nama berkata...

free j jadual ko ni bro

Tanpa Nama berkata...

ari selasa ku juga sangat mecabar..huhuh

kamil berkata...

good luck dib ^^

bloomofalfea berkata...

ur life are full of quizzes isn't it?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...