Khamis, Mac 19, 2009

Masih-kah ianya relevan?

Tiba-tiba aku teringatkan A.Samad Said. Antara orang yang ada pengaruh terhadap kehidupan aku. Kenapa aku tiba-tiba teringatkan dia?

Begini;
1. Dulu aku masuk kuiz (soalan kebanyakan berkaitan dengan pelajaran), aku kira bernasib baik dengan soalan-soalan sehingga lah ke peringkat final. Secara tak sengaja, markah aku sama dengan seorang senior perempuan. Kami berdua kena jawab soalan seterusnya untuk menentukan tempat pertama. Soalan akhir, sebutkan nama novel yang bukan di karang A.Samad Said. Aku bukan peminat novel melayu, aku dapat nombor 2.

2. Aku amat membenci karya dia berjudul 'Di Hadapan Pulau'. Cerita pasal satu pulau berhampiran satu kampung, dan kampung itu diserang askar Jepun. Aku amat menyumpah-nyumpah dengan jalan ceritanya (ada sekali aku campak buku itu ke siling bilik asrama aku, sebab pengakhiran yang amat mem-benci-kan).

3. Disebabkan A.Samad Said, aku tiba-tiba nak baca novel Salina. Aku pernah merayau beberapa kedai buku Hj. Dawood di Klang, semata-mata nak cari novel itu. Hanya penat aku dapat.

Sebenarnya, tak ada apa-apa pun aku dengan A.Samad Said.

Aku pernah baca biografi cintanya, dia kata, dia pernah cuba mengorat anak dara dengan meletakkan surat cintanya di pasu bunga (aku tak ingat sangat bagaimana cerita itu berlaku, harap maaf). Bayangkan kalau A.Samad Said tulis surat cinta, ayat mesti berbunga-bunga kan?

Itu zaman dia. Relevankah surat cinta di zaman orang bermain SMS (aku tidak ketinggalan juganya), ber-chatting dan berbalas emel, tak pun panggilan telefon?

Aku dan Cik Eza (dia banyak berkongsi pendapat mengenai buku Mars And Venus), pernah berbincang mengenai peranan surat cinta. Aku pun tak tahu keberkesananya, Cik Eza juga kata macam segan-segan nak buat zaman sekarang. Atau dengan kata lain; agak kolot? Dalam bahagian sebelum terakhir buku Mars And Venus, John Gray mengupas dengan lebat betapa hebatnya peranan surat cinta, walaupun di zaman IT sekarang.

OK, aku dapat situasi sebenar ini. Adik saudara aku, Ijat (bukan nama sebenar), dia mempunyai masalah cinta yang 'frust' menonggeng (bayangkan budak gemuk menonggeng, haha). Dia meminta nasihat aku yang tak pernah ada pengalaman memujuk wanita.

Dia kata, penat dia pujuk awek dia yang marah pasal perli dia. Dia hantar SMS tiap-tiap hari, telefon tiap-tiap hari dan responnya? Awek itu mengatakan rimas!

Apa yang aku katakan pada Ijat tadi?

"Ko tulis je surat pasal perasaan ko...bagi kat dia,"


Aku bagi cadangan ini sebenarnya malas nak layan masalah ke-jiwang-an dia, sebab aku tengah siapkan report, lupa nak invisible YM. Nak tak nak, tolonglah juga.



Seminggu kemudian...

Awek itu OK! Semakin rapat, khabarnya.




Gila. Rupanya relevan lagi surat cinta zaman sekarang, erk. Cuma kena kreatif dengan gayanya.

Ijat, kalau kamu baca blog ini, kau jangan sedih pula. Aku memang sibuk malam itu, tapi secara tak sengaja aku membantu kau.

Ajar aku bagaimana nak tulis surat dengan baik. Aku sekarang tunggang-langgang dengan bahasa ibunda sendiri. Apatah lagi bahasa lain, kedua dan ketiga.

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kapten hebat terbaik

Tanpa Nama berkata...

salina tue based on true story kan..
ader org ckp citer 2 psl first love dier.

Lee Shauran berkata...

aku ada dgr jg psl novel salina..
based on true story a.samad said.
psl pelacur kot kalo x slh la..
eh2..
aku rasa relevan la surat cinta.
sangat romantik ok kalo bf tls surat cinta..hahaha

Abu Abdullah berkata...

surat cinta relevan sbb kalo msg nnt dpt expression pompuan tu kt situ gak. kalo surat bleh bg mse pompuan tu fikir2 sket ke. pompuan ni die kena bg mse sket. ikot pnglman ak a. hahaha

Tanpa Nama berkata...

ko mmg mantap jd doktor cinta...

kena menuntut ngan ko ni...

eza erneza berkata...

haha.. cik adib i on the way nak bg surat cinta tau. he sebenarnya kad birthday je. tu pun tanya kwn2 "agak2 malu tak bg kad birthday?" kwn2 kata buat apa nak malu. tapi saya ttp rasa malu. hempeh betullah.

Tanpa Nama berkata...

ja...
but u did it already right? HAHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...