Sabtu, Mac 21, 2009

Kasut: Mahal kerana populariti?


Tekan gambar untuk paparan lebih jelas.

Kasut ini ketika aku sampai-sampai di sini, harganya hanya sekitar 50,000 Won sehingga 70,000 Won. Lepas itu, dalam akhir tahun 2007, muncul kembali kasut ini. Ia dipopularkan kembali oleh Big Bang (artis meletup se-sangat ketika itu) dengan lagu Liar. Kumpulan artis ini pun tak seberapa popular, mereka meningkat naik sebab album Liar juga.

Teringat aku masa di DYTC, ada kawan Korea aku terpijak kaki aku masa melangkah keluar ke kelas, tiba-tiba cakap, "I'm So Sorry, but Love You 다 거짓말 (but liar!)". Pengaruh lagu tersebut memang melekat habis. Lagu ini masih di pasang di mana-mana kedai 24 jam yang berhampiran, termasuk kedai Fish And Grill cawangan Sam-san Dong di Ulsan City. Hebatkan mereka?

Berbalik cerita kasut tadi...

4 minggu lepas, aku merayau-rayau (kali pertama berjalan di Ulsan). Terlihat kasut ini diperagakan di ruang besar salah satu butik Nike. Harganya sekarang, yang paling murah aku jumpa 100,000 Won sehingga mencecah 150,000 Won.

Tapi boleh dapat dengan murah di pasaraya terkemuka Internet, G-Market dalam lingkungan 10,000 Won hingga 30,000 Won. Kualiti tak tahulah pula.

PS: Kasut Nike Dunk High edisi spesial Big Bang di peragakan di pameran 'Dunk Be True: Art Gallery' di salah satu tempat di Myeong Dong. Lihat lebih lanjut.

Pengaruh artis? Ada kot.

Atau, kadar tukaran mata wang asing? Entahlah pula.

Dulu aku pernah memiliki kasut sebegini dan ianya dicuri oleh malaun-malaun entah-siapa. Suspek adalah pekerja teknikal Kolej Intec di Shah Alam. Harap maaf. Sejak itu aku tawar hati dengan kasut ini.


Selamat hari minggu yang penuh dengan rumus-rumus yang dihuraikan menggunakan kalkulus.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

jijie berkata...

kasut dicuri ye..kesian anda.. hehe

Tanpa Nama berkata...

ader signature BIG BANG x kt kasut tue??

Tanpa Nama berkata...

ada nama je...

xda signature kot...x pasti la

Tanpa Nama berkata...

jack purcell ftw~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...