Isnin, Disember 01, 2008

Makan malam serba ringkas...dan tidur.

Aku rasa lesu semacam, aku buat apa semalam?

Tengok perlawanan MU dan satu lagi perlawanan super duper laju, Chelsea dengan Arsenal.

Habis kelas Math terakhir. Aku pulang ke rumah, tak larat nak tengok drama atau apa-apa ke.

Aku makan 4 keping roti bakar dan 2 kotak susu sebagai makan malam aku.

Aku tidur. Esok ada 'interview' di University of Ulsan. Memang payah laluan aku nak masuk universiti ini, kena bangun pagi sebelum subuh lagi. Naik bas hampir 4 jam (pergi balik 8 jam?). Seharian aku berada di luar bandaraya metropolitan Seoul. Semata-mata nak pergi interbiu.

Burp. Eh, kenyang.

Aku bukan diet, cuma tak larat nak sentuh kuali hari ini.

1 ulasan:

blurryfella87 berkata...

bile aku bc entry ko ni tetibe aku pun lapar gak..padahal baru je makan bape jam lps.. tak bestla winter..cis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...