Rabu, Disember 03, 2008

Menyalak si Orang Baru.

Terlalu lapuk aku nak katakan "Ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari".

Orang dulu, fikiran dulu. Kata orang sekarang. Orang lama kata, benda lama perlu disayang. Itu orang lama. Orang baru nak buat revolusi. Dikatakan orang lama, tak mengikut adat. Siapa salah, siapa betul?

Bersilatlah 2 manusia: satu kata "Aku orang lama!", sana menyalak "Aku orang baru". Keluarlah pula pepatah, menang jadi arang, kalah jadi abu. Apa maksudnya? Menang kalah tak ada makna. Sana tergolek, sini pun tergolek. Dua-dua ditelanjangkan. Kedua manusia malu.

Siapa yang melihat mereka? Orang ketiga. Bukan orang lama, bukan orang baru. Dia duduk diam, tengok 2 manusia sebangsa bertelagah. Dia tak kata apa-apa. Duduk diam memerhati, catat apa berlaku. Lalu dia beredar dari situ, dan kata "Bodoh betul mereka! Sebangsa tapi tak sependapat."

Sejarah kata begini. Belajar dari si orang lama. Sebab orang lama pernah buat silap. Orang baru kadangkala tak faham. Mereka selalu tepuk dada seraya berkata "Kami generasi baru, buat apa ikut mereka!".

Kalau orang ketiga melihat, boleh sahaja di maki si orang muda. Konon darah muda semuanya dikatakan benar, pantang dicabar. Egoisme.

Kami nak tanya. Kamu orang mana? LAMA? BARU? atau melihat sebagai orang ketiga?

.........

"Wow!" tak sangka aku boleh buat ayat macam Haikal aka Mondok.

Nak tahu macam mana? Aku buka komputer, keluarkan gelas dan se-jug air teh semalam yang sudah disejukkan.

Asalnya hendak kata pengalaman makan ikan dengan menggunakan chopstick, alih-alih dalam otak aku kata tentang orang lama dan tua.

Rasa bebal semacam. Ini penangan pergi Ulsan balik hari (jauh macam KL-JB, balik hari)

Terima kasih En. Nithi sebab ajar cara makan ikan menggunakan chopstick dengan pantas dan tangkas. Lepas ini aku yakin tak akan menggunakan kedua belah tangan untuk merobek ikan. Betapa jengkelnya makan ikan tanpa tangan.

Aku nak tidur, esok kena sepak bola. Nak menang berterusan, tak nak 'team' aku kalah seperti dulu-dulu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ar ayat aku? er..er..ayat dalam blog aku macam tu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...