Rabu, Disember 17, 2008

Aku dalam fasa cuti ke?

Tertanya-tanya persoalan itu, aku dan Mang:

"Kita ni dah cuti ke?,"
"Entah. Belum lagi nak cuti,"

Dah masuk 3 hari, fasa cuti panjang musim sejuk yang menggila. Musim yang menuntut kesabaran, sebab tak boleh selalu keluar rumah. Bil melambung secara mendadak sebab penggunaan gas untuk pemanasan, bukan bil telefon menelefon manusia yang tak ada kaitan. (Nak campak sahaja 'handphone' aku sebab peranannya hanya jadi alarm sejak kebelakangan ini!) Maka dengan itu, area gelap Gecheok bakal senyap dengan kelibat manusia yang passportnya diisukan dari Malaysia.

Sebab, ramai balik Malaysia. Ditambah lagi, kolej cuti bermakna: tiada pelajar kolej berkeliaran di sekitar kawasan rumah aku dan restoran berhampirannya. Hambar...

Berbalik dialog tadi, awalan cuti aku sibuk sekali. Kemas buku-buku untuk dihantar ke Malaysia, pergi pejabat imigresen menyelesaikan permohonan kemasukan semula ke Korea (tak mahu jadi pendatang tanpa izin) dan membeli belah brooch (untuk mak cik-mak cik yang suka melaram). Tidak lupa pelawaan En. Prebet yang mahu aku temankan dia pergi membeli belah. Entah kenapa aku dipelawa, bukan Jihad atau manusia warga Malaysia lain. Mungkin aku suka melayan manusia yang suka membeli belah?

Lagipun, pelawaan En. Prebet bukan kosong. Dia belanja aku makan sotong pedas yang dimasak di atas kuali besar. Super duper pedas.

Satu lagi, jumpa Pegawai Latihan JPA. Bukan sebab keputusan 'exam' yang teruk, tapi nasihat dan pedoman untuk masa depan. Aku selepas ini bakal meninggalkan dunia Seoul yang dinamik katanya. Aku bakal pergi salah satu ceruk bahagian selatan Korea yang aku tak tahu apa ada disitu, datang untuk menyambung studi aku.

Hey, aku dah gunakan blog umpama diari harian. Hampeh.

Betul kata mu, Farid. Semua orang sibuk dengan blog yang umpama macam diari harian.

Kamu tahu apa aku buat dalam 20 minit lepas?
1.Minum kopi karamel yang harganya seperti nasi lemak lauk sotong dan ditambah daging. Mahalkan? Aku beli guna syiling yang banyak.

2.Menghayun pedang samurai yang dikeluarkan dari rak baju. Saiz pedang samurai ini adalah dalam kala sebenar. Aku beli ketika berjalan bersama Syafiq ketika lawatan dia ke Korea. Seronok rupanya hayun pedang tanpa musuh didepan.

3.Menolak model kereta Hyundai yang dihadiahkan oleh En. Muse. (bukan Muse nama band, sebut Mu-Se). Terima kasih hadiah kamu itu.

4.Menampal stiker animasi 'Dodoro' pada external hard disk. Stiker ini boleh diperoleh secara percuma apabila membeli kek mini coklat. Ada dalam 24 stiker, bermakna perut aku sudah menampung 48 kek mini coklat.

5.Facebook-ing.

Hidup aku menarik dikala pagi.

4 ulasan:

ajid berkata...

jadi ke ulsan yerp?caya lah,,
satu lagi,stop facebook-ing and start face the book

aina hazuani berkata...

saya juga mau brooch cumel cumel

Lee Shauran berkata...

oh. ko jmp syfiq wong kah?
waaa...weh, blk msia kah?

zach berkata...

anda telah ditag...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...