Rabu, Disember 31, 2008

Edisi Khas: Bilik Panas

Bukan seperti selalu aku menaip butir-butir isi blog.

Selalunya aku hampir tiada baju ketika menaip.
Bukan tidak berbaju ye.

Ini berlaku kalau musim panas.

Selalunya aku berselimut seluruh badan ketika menaip.

Ini berlaku kalau musim sejuk.



Ini kali pertama aku menaip isi blog di Malaysia. Dulu idea hendak tulis blog, muncul selepas
pulang dari Malaysia. Sekarang, dah macam rasa tak seronok kalau tak 'hapdet' blog.


Ok. Situasi sekarang.


Berkain pelikat, duduk di depan laptop kecil (aku merindui desktop yang super duper laju).
Depan aku kipas besar, kanan kiri katil 'single' bercadar pink dan biru muda. Dalam bilik adik perempuan aku.
Bilik aku dah disahkan sebagai stor, penuh dengan baju-baju dan buku-buku aku dari tingkatan 3 sampai
sekarang.


Memang panas bilik ini.

Nasib baik ada kipas besar, selamat bercuti kepada siapa bercuti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...