Penat.
Kelas ekonomi penerbangan lompat-lompat ke Malaysia memang memenatkan.
Setibanya aku di KLIA, aku berada dalam situasi 'chaos'. Berlainan dari orang balik jauh-jauh, sepatutnya ada kegembiraan. Aku pula yang rungsing secara tak sengaja. Abaikan, teruskan kehidupan.
Semalam aku berfoya-foya bersama adik lelaki aku di Shah Alam. Paling menarik aku jumpa sekumpulan pelajar Uitm (mungkin, sebab aku tengok t-shirt yang mereka pakai), mereka menunjukkan aksi seumpama David Blaine!. Cuma tak ada video yang merakam, kalau tidak aku dan seorang lelaki yang baru dikenali bernama Nathan boleh masuk sekali.
Walla.
Apa-apa pun mereka tidak seperti David Blaine, dengan muka yang 'slebet' dan suara-suara garau. Mereka yang aku jumpa bergelak ketawa apabila orang ramai kagum.
Hey, ingat lagi isu Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk? Ada satu fakta aku dapat dari manusia jalanan yang aku tidak kenali. Aku tak tahu sangat pasal benda ini, cuba kamu kaji semula.
1.Jean Todt dapat gelaran Datuk, orang kata disebabkan dia keluarkan kenyataan minat
negeri itu (aku tak tahu!) dan membeli sebidang tanah disitu. Dia hadir ke majlis penerimaan Datuk dengan memakai songkok.
2.Lee Chong Wei, dapat gelaran Datuk pun sebab bawa pingat perak pada temasya Olimpik yang lepas. Dia pun pakai songkok, walaupun bukan Melayu.
3.Shah Rukh Khan dapat Datuk sebab dikatakan mempopularkan negeri Melaka. Habis satu negara kecoh, wartawan hiburan korek cerita sana-sini. Gambar yang masuk surat khabar, dia pakai songkok hitam.
4.Semalam David Arumugam dapat Datuk juga. (ala, penyanyi Alleycat yang selalu cakap 'terima kasih!') Orang tak kisah, sebab memang sumbangan dia dalam bidang hiburan Malaysia banyak. Tapi, dia tidak memakai songkok hitam.
A'ah. Aku perasan perkara tersebut. Sebab apa dia tak pakai?
Rambut dia yang afro. Maka, sesiapa yang tidak mahu memakai songkong untuk majlis yang ada protokol memakai songkok, bela rambut sampai jadi afro.
Aku ingat nak upload gambar.
Tapi internet Malaysia terlalu lembab. Tak nak menunggu.
Nasib baik ada kipas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan