Kelajuan yang lembap, semakin ketara apa bila menggunakan dial-up.
Akibat streamyx yang tidak digunakan adik beradik aku, abah aku menarik balik kemudahan itu.
Aku yang sengsara dengan kelajuan dial-up. Hampeh.
Aku baru balik dari PJ, berjalan-jalan di area sana dan singgah di rumah atuk saudara aku. Dulunya dikhabarkan ganas, bekas tentera. Saja-saja singgah rumah saudara mara, mana tahu ada benda yang patut kita tak tahu dapat tahu.
Agakan yang tepat. Cerita suasana politik Selangor yang masih suam-suam lagi. Apa yang berlaku pada 10 tahun lalu terbongkar, apa pembaharuan baru dari kerajaan sekarang dan macam-macam lagi. Aku rasa selama ini aku tertipu dengan akhbar Utusan Malaysia dan lain-lain lagi. (aku sebut Utusan Malaysia sebab banyak sangat isi propaganda). Hey, aku bukan sokong mana-mana. Aku masih bawah tanggungan JPA.
Drama Jepun. tidur. Bangun, makan. Jalan-jalan. Habis sudah hari aku.
Aku senarai perkara-perkara kurang best.
1.Aku menjatuhkan deretan pisau cukur di supermarket.
Pada awalnya aku tanya seorang wanita yang cantik di kaunter. "Cik, macam mana nak ambil satu set pisau cukur ini?". Dia membalas, "Tarik saja," Aku pun menarik dengan skuat hati. Akibat tindakan yang terlalu kuat barangkali, habis jatuh deretan pisau cukur. Ada suara perli (aku rasa perli!) dari wanita cantik di kaunter tadi "Kuat betul ha brader ni,". Masalahnya bukan disitu saja, ada pula makcik menyambut teguran itu, "Selalu sangat minum tongkat Ali kot,".
Apa masalah makcik itu dengan aku? Hari tak seronok pergi membeli pisau cukur.
2.Masalah dengan bini aku.
Jangan salah sangka, aku belum berkahwin. Status bini aku adalah sebuah kamera. Baru nak bagi saudara pinjam, ada masalah dengan lense pula. Banyak gambar terlalu overexpose. Nampaknya, terpaksa hantar servis. Berkabung selama 2 minggu nampak gayanya.
3.Hampir mencium bontot kereta orang lain.
Hidup aku cuti-cuti di Malaysia alamat jadi pemandu peribadi untuk adik beradik aku. Di bawa ke pasar, ke sekolah, pusat tuisyen, mengambil ubatan, dan macam-macam lagi. Dah lama tak pegang kereta. Tapi itu bukan alasan untuk disalahkan kerana hampir mencium bontot kereta orang lain. Penulis Melayu Minimalis melabelkan orang yang suka mencilok-cilok adalah babi, boleh tak aku kata orang nak masuk lane orang lain sebagai 'sampah'? Panas betul aku, penat-penat pelajar kejuruteraan buat lampu signal nak jaga nyawa orang.
Hard-disk aku yang penuh drama Korea dan Japan dipinjam orang. Alamat, layan Astro yang membosankan.
Cuaca Malaysia panas dan lembap. Nasib baik ada kipas besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan