Rabu, Disember 31, 2008

[Bilik Panas 03] Jauh Perjalanan

Hiyaa. Sampai juga Pak Nab dan Naim di Klang. Berjalan-jalanlah kami dari Klang, Shah Alam
sampai Kajang. Aduh, tak idea nak sumbat apa ke dalam ruang hitam aku ini.

Lagi berapa hari kawan sekelas aku nak nikah...(ini tujuan Pak Nab dan Naim lepak di rumah aku)

Berbalik kepada motif asal idea menyumbat dari bilik panas. Nasib baik mereka berdua tak
sesat mencari rumah aku, dan berita paling menakjubkan aku apabila mereka berdua menggunakan jalan pintas untuk sampai ke rumah aku. Pada asalnya, sebagai nak menyenangkan mereka, aku suruh mereka melalui tol (maksudnya kena keluar duit), tapi mereka berdua mengelak dengan secara tidak sengaja. Ibu jari ke atas!

Tak tahu apa yang yang seronoknya Klang kalau siapa yang kali pertama sampai di Klang.

Aku bawa mereka ronda-ronda di kawasan membeli belah yang baru berhampiran rumah aku, dimana aku boleh pergi ke situ menaiki motor Modenas biru yang buruk dengan memakai kain pelikat lusuh. Terlalu dekat. Selepas ini, apabila kereta berada di rumah di kala pagi Rabu, hendak sahaja melayan deretan cerita yang masuk wayang. Aku dah lama tak layan wayang filem melayu. Pergi seorang diri.

Aku bukan dalam fasa sangap untuk mencari teman wanita ye.

Disebabkan Klang itu membosankan, ditambah kebanjiran warga Indonesia, Nepal dan Bangladesh, dah bukan macam berada di Malaysia. Aku pun rasa macam aku seorang pelanduk masuk bandar (betulkah ayat ini?).

Terima kasih idea Pak Nab untuk berjalan ke arah Kajang. Jumpa siapa lagi, budak Maahad Muhamadiah yang popular dikalangan kawan aku, tapi bukan disebabkan kewarakannya, ya. Berpusing-pusinglah kami bertiga
pada awalnya di Kajang, sempit, ramai orang.

Dahlah hampir sesat (jumpa papan tanda Kajang, tapi tak jumpa apa itu Kajang sebenarnya)

Ok, dah jumpa En. Jihad. (jumpa kat perkararangan masjid sebagai tanda En. Jihad adalah golongan warak). Berpusing-pusing kami di kawasan permainan En. Jihad tanpa hala tuju, Naik tinggi-tinggi dalam bangunan, turun balik. Paling tak boleh terima, ada boleh terputusnya bekalan elektrik di situ.

Pergi Alamanda, naik turun juga. Jumpa Shariman. Sembang-sembang. Balik Kajang.

Pergi Bangi, ingat nak pergi rumah En. Hamdan. Dia tak ada, tukar plan.

Masih di Bangi, jumpa mak cik Pak Nab. Dia nak belanja makan...tiba-tiba...

"Wei, jangan bagi dia belanja dow, mak aku dah bagi RM 100 suruh makan satay Kajang," suara Jihad mencelah.




Wow, semua saling memandang. Susah nak makan satay Kajang dibelanja orang, apatah lagi kawan sebaya. Peluang jangan dilepaskan. Pergi cawangan Satay Kajang Hj. Samuri di Bangi, ramai orang. Pergi Kajang.

Isk, memang macam bandar ulat (ada cerita bagaimana nama ulat itu muncul). Dah lah sesak nak letak kereta, ditambah tak ada ruang kosong untuk memakir kereta. Tempat duduk yang tiada.

Dah macam cerita Harold And Kumar goes to The White Castle, cuma kami berempat nak makan satay, bukan burger.




Memang struggle.




Nasib baik ada kipas besar dalam bilik.

1 ulasan:

Eman berkata...

waa.. datang bangi tak bitau. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...