Rabu, Disember 31, 2008

[Bilik Panas 04] Bukit Antarabangsa

Pegang tangan orang atas jangan lupa siapa di bawah.

Itu yang aku ingat, kata-kata cikgu bahasa Inggeris aku masa tingkatan 5.

Tak ada kaitan sangat apa nak aku perkatakan sebenarnya.

Kalau kita membaca portal akhbar di internet, barangkali kita tidak tahu secara mendalam. Sebab portal tidak menghasilkan kewangan yang baik berbanding penjualan akhbar di tepi jalan. Betulkan kalau tersilap.

Tragedi Bukit Antarabangsa yang terkini, rasa kasihan? Rata-rata aku dengar rungutan dari warga Selangor yang aku temui. Warga Selangor ini aku merujuk orang-orang di kedai mamak, jemputan orang ke majlis kahwin atau sembang-sembang di luar rumah (saudara-mara yang duduk berhampiran disitu).

Aneh, kalau baca ruang komen atau SMS pembaca akhbar (nama akhbar tidak disiarkan), segala kutukan, cemuhan, boleh didapati dan ditujukan kepada mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Bayangkan dah lah jadi mangsa tanah runtuh, boleh dapat cacian pula.

Selidik, mendengar, dan membaca...

(Aku kadangkala deria masalah orang ramai jadi sensitif)



Baru aku tahu, mereka ini kebanyakannya mangsa orang berada. Tak mainlah kalau duduk di dewan orang ramai. Tak ada 'class' barangkali untuk mereka. Habis di'kondem'nya bantuan mencari mangsa oleh bomba dan polis kerana lambat bertindak. Sesama mangsa pula bertekak lidah tentang bantuan yang lambat sampai.

Aku bukan nak sokong mana-mana pihak. Aku cuma memerhati keadaan sebagai remaja yang ingin membentuk naluri manusia yang ideal walaupun sukar. Aku menyeru cubalah berterima kasih kepada manusia yang datang menolong kamu, walaupun kamu mempunyai harta yang mampu membeli Mercedez mata belalang.

Terima kasih kepada waiter wanita di majlis kenduri kahwin entah-macam-mana aku hendak huraikan hubungan dia dengan aku. Hidup jawa, segalanya bau-bau bacang. Kalau bangsa kulit hitam, 'brotherhood' lah kononnya.
Ceritanya mudah sahaja, aku mengangkat senduk yang telah dia jatuhkan ketika sibuk menjamu makanan kepada tetamu.


Aku berterima kasih sebab dia ucapkan terima kasih. Susahkah untuk berterima kasih?


Nasib baik bilik ini ada kipas besar.

1 ulasan:

eza erneza berkata...

dah kat malaysia? cuti pergi mana??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...