Khamis, Disember 11, 2008

Soalan Terakhir subjek Major Mekanikal DYTC.

Panjang betul tajuk entri kali ini.

Hari ini hari paling malas dalam diari hidup aku. Bukan bermakna hari lain aku seorang yang melompat, lincah, berlari-lari menuju ke kelas. Hari ini ada 2 kertas patut dijawab, sebagai seorang pelajar yang malas, aku mula belajar bersungguh-sungguh bermula pukul 11 pagi. Kertas akan dijawab pada pukul 1 petang dan 5 petang. Aku ini dalam golongan manusia bengap, bodoh atau berani tak bertempat?

Tak ada, cuma aku malas.

Sesiapa yang agak kecewa dengan hidup pelajar macam aku, tak payah dirisaukan mana. Aku dah belajar awal-awal sebenarnya. Belajar awal, tapi bukan bersungguh-sungguh.

Maksud aku, hanya belek-belek nota subjek ketika bermain Guitar Hero, Facebook dan ketika menonton bola sepak. Jangan risau, nya. Aku bukan manusia yang pemalas tak ingat dunia.

Keputusannya, aku boleh bernafas ketika menjawab (tak senang mana, tak susah mana).

Tapi, soalan terakhir kertas peperiksaan *PLC memang agak susah. Aku rasa cikgu aku salah bagi soalan ke apa. Memang susah soalan ini. Aku rasa dah 'study' cukup, rupanya tak juga.

(*PLC ini mengenai litar yang lebih kurang komputer yang ringkas, contoh terdekat lampu isyarat atau jalan kaki. Kata Pak Nab dan Anas (otai semikonduktor), PLC di Malaysia masih pakai Relay, tapi Korea dah banyak pakai PLC. Aku tak tahu. Sebab aku budak mekanikal)

Soalan Bonus

Nombor soalan: 25.

Soalan: Fikirkan kehidupan selepas 5 tahun. Tuliskan benda yang kita impikan dalam kehidupan kita.

Respon pertama dari aku: @#%&#@%%. Haram punya soalan.

Respon setelah berfikiran rasional: Soalan bonus rupanya.

Jawapan pertama aku: Selepas 5 tahun, saya tahu impian saya tak akan jadi kenyataan.


Ingat nak main-main, aku kena serius juga. Jawapan ini dipadam menggunakan pemadam putih, dan ditulis jawapan ini.

Jawapan terbaik aku bagi: Saya ingin menjadi manusia yang baik, mengejar kesempurnaan walaupun payah. Saya ingin menjadi pelajar yang baik, anak yang baik, lelaki yang baik, suami yang baik, ayah yang baik dan datuk yang baik.

Menjadi lelaki yang baik adalah perkara susah dalam hidup saya, itu yang saya impikan.



Sebenarnya jawapan ini aku olah dari ayat seseorang yang pernah bagi inspirasi dalam hidup aku, *Hj.Sh.Mohd B. Abdullah.

*Merupakan pengarang buku Pelangi SPM Bahasa Melayu. Pernah ajar aku selama setahun. Orang pertama menyambut kedatangan aku ke MRSM Muar tanpa surat tawaran sebab surat salah hantar. Secara jujurnya, cikgu yang memberi impak dalam meningkatkan prestasi bahasa Melayu aku yang ketika itu agak susah bagi aku dapat A1 dalam bahasa Melayu.

2 ulasan:

ajid berkata...

soklan 25 tu betol ke ade?
mcm soklan trick jer..haha

Tanpa Nama berkata...

ha..tu la psl...

trick dow...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...