3.45 pagi.
Selimut tebal, memang seronok hidup macam beruang koala waktu musim sejuk. Tidur, tidur.
Lena. Aku bau semacam. Bukan bau air kencing atau apa, sebab aku bukan manusia yang ada penyakit kencing malam pada usia 20-an. Bau wangi.
"Huh, apa bau wangi-wangi ini. Macam bau selalu aku bau je..."
Mamai-mamai aku berfikir dikala pagi buta, mana datangnya bau wangi semacam ini. Nak kata bau minyak wangi (bahasa sedapnya perfume), aku tak ada minyak wangi. Ke Amnan punya? Isk, bau wangi ini mencucuk hidung. Nak sambung tidur pun tak sedap. Wangi pun masalah.
Aku ingat nak abaikan bau tadi. Aku lelap balik atas bantal aku tadi. Eh, bau datangnya dari sini. Aku cium bantal ini. Pemikiran rasional mula bermain-main. Aku cium balik bau bantal, lepas itu tangan aku usap rambut. Aku cium tangan aku pula...
Rupanya...
Aku lupa nak mencuci rambut selepas memakai conditioner! Selekeh!
Patutlah wangi semacam, memang bau conditioner aku macam ini. Inilah akibat tidur selepas menonton drama, tanpa sedar saki-baki conditioner ada di kepala. Aku ingat semalam, aku shampoo rambut (bukan hari-hari aku shampoo ye). Lepas itu aku sapu conditioner, aku tonton drama. Sampailah mata aku nak terlelap...
Amaran: Jangan lupa nak cuci rambut selepas memakai conditioner.
Aku bukan lelaki metroseksual yang mementingkan semua bahagian badan, alat make-up yang banyak. Aku ada sikat, itu pun dah hilang. Lagipun dah 5 bulan, aku rambut ala-ala tentera pangkat rendah: rambut pendek. Antara aku tak suka berambut panjang, sebab aku memang tak reti jaga rambut. Aku suka bangun tidur, mandi-manda, lap kepala. Terus pergi kelas. Jimat masa. Tak ada pemakaian wax, gel atau minyak zaitun. Kalau nak pakai benda-benda begitu, aku pergi bilik Acap. Terima kasih Acap, sebab sumbangan wax, gel dan lain-lain.
Aku manusia rambut jenis kering. Sebab itu pakai conditioner. "LOL"
Tak tahu kenapa aku nak cerita benda tak berinformasi begini. Mana ilham aku nak mengarang idea sebernas artikel-artikel majalah mingguan sekolah menengah? Hampeh.
4 ulasan:
hahahahhaha..
mcm seram jek first2 aku bc bile teringtkan tetibe bau wangi di tgh2 malam..
mane ade orang pki conditioner kluar from bilek air.. org pki 4 mins after shampoo ckopla. then tros basuh~ pliknye...!
conditioner instruction:
bilas rambut anda selepas 15 minit.
ke aku skema?
anda ini memang
cuci sebelom kua bilik air
camne leh lupe
aiya!
Catat Ulasan