Ahad, Disember 07, 2008

Aku lemas semalam.

Entri ini untuk peminat bola sepak. Kalau mahu apa berlaku semalam, boleh rujuk perlawanan terakhir EPL semalam.

Aku suka tengok perlawanan bola sepak, walaupun aku tak berbakat seperti Gerrard. Cuma ada impian, tak salahkan kalau mahu berimpian. Aku tolak segala nota-nota 'exam'. Aku habiskan lebih kurang 5 jam menonton perlawanan bola sepak EPL. Memang niat nak belajar, cuma...

Malas nak cerita kenapa.

Aku rasa perlawanan semalam yang paling me'lemas'kan perlawanan antara MU dan Sunderland. Ramai kipas-susah-mati akan kata, "Alah, boleh menangnya MU malam ini,". Pengamatan dan pengalaman bermain permainan berunsurkan 'manager' bola sepak, kalau lawan yang dah masuk 'relagation stage', itu lawan paling kental...

Faham apa yang aku nak cakap? Kita teruskan...

Aku duduk terpacak dengan teh dan 'kwaja' (jajan dalam bahasa melayu, kot?). Aku mengutuk Sunderland, letak 10 orang dalam kotak penalti. Seorang penyerang berjalan-jalan di sebelah padang, Djibril Cisse. Dahlah EPL, main sebelah padang. Menyampah betul corak permainan macam begini.

Kali terakhir aku tengok perlawanan macam begini tahun lepas, perlawanan pembukaan musim 2007-2008, MU lawan Reading. Kesudahannya seri. Sejak hari itu, aku memang menyampah dengan Reading, aku harap Reading jatuh liga. Eh, betul-betul jatuh liga. Kesian.

Perlawanan semalam pun sama. 10 pemain dalam kotak penalti. MU pakai seorang sahaja pertahanan. Tak Ferdinand, Vidic.

Statistik penguasaan bola.
Separuh masa pertama: MU 75%, Sunderland 25%.
Minit 70 perlawanan: MU 70%. Sunderland 30%.
Adalah sikit-sikit Sunderland pegang bola...

Minit 80 perlawanan: MU 85%, Sunderland 15%.

Ini bola sepak ke? Keji. Perlawanan macam ini aku akan ingat sampai bila-bila. Sebab apa aku ingat?
1.Bola bersimpang -siur depan gawang, tapi tak masuk.
2.Main separuh padang, walaupun padang itu besar.
3. Aku rasa fed-up, bila nak masuk gol.


Apa kaitan lemasnya? Yelah, aku duduk tak diam.

Tak fahamkan, apa aku cuba nak sampaikan.




Entri menunggu pagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...