Bomba menyelamatkan orang.
Polis menangkap orang.
Pelacur melayan nafsu orang.
Hakim menghakimi masalah orang.
Semua ada tanggungjawab. Tak kira mak cik pembersih tandas, pak cik mengelap cermin, budak kecil pergi tadika. Mereka sudah ada rutin sendiri. Wanita dirumah pun ada peranannya. Apatah lagi seorang guru yang mengajar.
Ok, aku sebagai seorang pelajar. Buat apa lagi? Belajar.
Khamis lalu, hujan turun. Bukan selebat hujan ribut sumatera dikala senja kawasan lembah Klang. Perlahan sahaja rentak turunnya. Timbul kepala aku ketika itu, hari bakal menjadi sejuk. Sejuk itu umpama ancaman kehidupan. Manusia berkulit yang selalu didedahkan matahari akibat duduk hampir dengan garisan khatulistiwa pasti akan merasa kesejukan luar biasa.
Erm, orang Korea kulit mereka jenis apa aku tidak pasti. Kalau kamu menjadi aku pasti jangan terkejut ada wanita cantik masih mengenakan skirt pendek untuk berjalan-jalan disekitar kawasan kolej. Obsesi kecantikan, biarlah. Memang naluri wanita seperti begitu.
Seperti diduga, hari menjadi suram. Angin datang berpusu-pusu. Seolah-olah berebut-rebut nak kenakan aku. Istilah 'vibrate' ketika berjalan pasti kamu tahu, kalau jadi aku.
Hujan itu, rahmat.
Rahmat Allah itu bukan datangnya bergolek. Kadang-kadang kena difikirankan. Rahmat bukan sekelip mata ada didepan mata. Teliti dan rungkai hikmahnya. Baru aku tahu, hari sejuk aku malas nak keluar rumah. Masa dirumah aku buat segala persiapan 'exam'. Walaupun bilangan 'exam' semester ini sedikit, entah mana 'gian' belajar datang.
Kadangkala aku buka 'facebook' selepas menyelesaikan satu soalan Math.
(satu soalan mengambil masa 30 min)
Kata Amare a.k.a kawan muda setahun dari aku:
Ada hikmah, kenapa subuh winter lambat...-12 feels like -17
Sebab apa? Sejuk-sejuk memang 'best' sangat nak tidur. Nafsu semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan