Rabu, November 26, 2008

Kesetiaan pada Pensil Tekan.

Betul kata Abe, aku seolah-olah berperanan macam manusia emosional. Mungkin 2 entri lepas aku menaip dalam keadaan separa tak sedar yakni tak mencapai kewarasan otak. Ada masalah heater rumah aku. Tapi dah selesai. Mudah sahaja.

Benci melakukan sesuatu menggunakan peratus emosi. Sebab aku lelaki, lelaki yang cuba mengasingkan emosi dan kerja. Sebab itu kadang-kadang aku dikatakan sombong. Padahal aku cuma tak mengambil berat manusia yang lain. Macam kejadian duduk didalam bas sekolah, aku duduk di kerusi kosong sebab penat dengan jamuan makan-makan. Ada sahaja gadis cantik nak duduk, aku boleh berfikir lama pasal itu. Baru aku bagi kerusi itu kepada gadis cantik itu, dan berdiri dalam bas.

Patut aku meletakkan sedikit emosi dalam aktiviti seharian aku, termasuk menaip isi blog?

Owh, tidak. Aku tak gemar menulis kritis. Kadang-kadang aku menulis sebab melebihi had, rasanya. "Mian-hae" (minta maaf dalam bahasa Korea). Selepas ini aku isi-isi dengan benda-benda menarik ok? Dah tak seronok baca blog aku sekarang ini, sebab ada unsur emosional. Aku pun tak suka kalau aku baca balik. Err, aku bukan penulis yang baca isi yang aku karang. Cuma masa aku menaip, kurang enak dengan hati. Cuma diturutkan juga.

Aku tengok blog lain dah berubah-rubah wajah. Letak itu, ini. Kenapa aku jenis yang bukan seperti angin? Sekejap ke sana, ke mari. Tukar link dan tema?

Sebab aku setia?

Mari aku ceritakan benda yang aku katakan setia pada konsep yang aku fahami.

Rumah Lego Murah
Dulu aku ada rak penuh dengan lego yang diberi oleh keluarga aku. Bukan lego jenama lego. Lego yang harganya RM 3, dan boleh penuh satu balang biskut Mary yang besar. Alah, lego kecik bentuk 4 segi. Ada warna hijau, kuning, biru dan putih. Dengan banyak lego (kira-kira semua hargnya lebih 3 ringgit, maknanya banyaklah kan?), aku bina rumah yang besar. Ada kereta depan rumah. Tak ada bentuk, cuma dalam imiganisi aku sahaja. Satu hari adik aku pecahkan reka bentuk rumah aku, efeknya?. Aku tak keluar bilik seharian. Jenuh mak aku pujuk dengan pujukan McD dan Pizza Hut. Aku buat tak layan. Satu keluarga aku nak bina balik macam aku buat, ada atap, kereta. Mereka panggil aku dan katakan rumah dah 'repair'. Aku tengok, bukan seperti hasil kerja aku buat. Aku sambung merajuk dalam bilik.

Komik Doraemon.
Setiap kali keluarga aku berjalan-jalan ke Kompleks PKNS, aku pasti pergi kedai Marwilis. Kedai buku ada disitu. Ada banyak komik yang menarik dibaca. Aku suka kumpul komik Doraemon. Aku ada banyak jilid buku Doraemon. Satu hari, ada majlis dirumah aku. Aku rasa sejak waktu itu, buku aku hilang 1. Semalaman aku cari jilid mana yang hilang. Semua sibuk mengemas, aku menambah 'kemasan' ketika itu. Siap dimarahi bapa aku sebab cari benda yang tak penting. Ketika ini tak adalah merajuk macam tadi, cuma aku pening kepala kemana pergi komik aku pergi. Isk, pernah juga jilid pertama majalah GEMPAK hilang. Rupanya adik aku simpan dalam beg dia.

Apa lagi..?
Tak keluar dalam kepala benda yang sangat setia. Ha! Aku bukan lalang, sekejap Chelsea, sekejap Liverpool, sekejap Arsenal. Macam ini. Malam ini ada game Man Utd Vs Sunderland (kira cikai la) dan Chelsea Vs Arsenal. Kekadang aku boleh skip game penting Chelsea Vs Arsenal sebab aku lebih suka Man Utd. Bodohkan?

Handset pertama aku adalah Nokia Butterfly. HP masih ada pada aku. Boleh pakai lagi. Sepatutnya dijual. Aku simpan dalam laci, sebagai tanda HP pertama aku. Masa aku balik Malaysia aku dikelilingi rakan sebaya yang memakai HP siap ada Bluetooth, MMS dan nada ringtone yang canggih. Aku cuma vibrate sahaja. Nada dering pun nada dering yang bodoh dalam HP itu.

......

......

Bukan aku tak ada duit nak beli pensil tekan baru. Cuma aku suka pakai suatu benda yang untuk tempoh lama. Inikah istilah kesetiaan yang sesuai ditafsirkan? Kalau sesama manusia, tak pasti samada aku pernah berlaku khianat. Rasanya tidak.

Kalau bab bercintan tu...Opps! Tak pernah cuba, maka tiada pengalaman. Mengong.

Itu bukan isu penting, aku sudah berpunya atau tidak!

Persoalannya, mana pensil tekan aku?

5 ulasan:

wani berkata...

hmm..
nice entry..
*senyum*
tiap Org de cara sendiri utk nilai tahap kesetiaan..
tu mgkin cara kO..
aku xleh nak kata cara kO ni salah sbb kO lihat dari persepsi kO..
cuma satu nak ckp, teruskan menulis sbb aku follOw blog kO..
*kenyit mata*

Tanpa Nama berkata...

hehehe..adib yang emoooo..give back my old adib...hahaha
aku suka bila ko cerita sesuatu dari sudut mata kau, memberikan aku pelbagai idea untuk blog dan ceramah-ceramah aku nanti...
takpa, datang bilik aku, makan mee mamak lagi eh:P

Tanpa Nama berkata...

aku suke entri nih~

sbbnye care ko nilai kesetiaan lebih kurang dgn cara aku..bg aku setiap brg kepunyaan aku ada "sentimental value"nya tersendiri..ape ntah ak carut nih..huhu

aina hazuani berkata...

pensel tekan pilot awak ade pade saye.
hehe. =b

Mohd Solihin berkata...

cite ko same cam aku la..aku pon tak suke gune benda baru..aku suke gune ape yang aku ade je sampai dah tak bleh pakai atau hilang..kalu hilang pon bukan sebab hilang,tapi sebab kene curik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...