Selasa, April 01, 2008

Kembali Mengenali Perbezaan...

Rasanya dah hampir lebih 2 tahun aku menelaah perbezaan 2 makhluk yang istimewa kehadirannya di bumi ini; Lelaki dan Perempuan. Barangkali sesiapa yang sudah lama mengikuti blog aku pasti tahu serba sedikit isi yang aku kupas dalam buku Man From Mars, And Women From Venus...

Bulan 2 yang lepas, ketika selepas berjalan-jalan di Myeong Dong, aku singgah Kyobo Bookstore sekejap. Tajuk buku serba ringkas "Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps?". Ingat sekadar jadi bahan ketawa kalau-kalau bosan nak selak buku ilmiah yang tidak berat. Sekarang dah masuk bulan 3 dan ini bermaksud aku dah habis membaca buku yang aku nyatakan sebelum ini 'How To Win Friends And Influence People'. 30hb Mac lepas aku baru saja selak-selak buku baru ini.

Selak-selak...dah suku dari ketebalan buku aku baca! Hari ini aku dah nak hampir habis. Buku ini dikhabarkan lebih hebat dari Mars And Venus, dan aku setuju mengenainya. Sebab buku ini dia lebih terperincikan setiap kelakuan kita setiap hari. Contoh macam situasi dalam majlis, perangai kita masa kecil, masa zaman sekolah dan kedudukan katil kita.

Tapi huraian yang menarik aku adalah 'Cara Ingin Menipu Perempuan'. Rupanya tidak sesusah yang aku fikirkan rupanya. Buku ini menyelitkan kata-kata ringkas menarik dan lucu sekali tapi membuatkan kita cuba untuk berfikir kembali kelemahan setiap jantina. Salah satu dari quote dari buku ini yang memecah kebosanan kelas eksperimen mekanikal ( lebih-lebih lagi yang mengajarnya Min Yeong Ki).

"Why did Moses spend 40 years wandering in the desert?...He refuses to ask for direction."


Mungkin tak faham dengan ayat sebegini sahaja. Kalau ikut huraian tentang perangai lelaki, pasti kaum lelaki akan gelak. Macam ini, situasi mudah. Kamu berjalan-jalan di bandar yang baru kali pertama menjejak kaki. Tengah seronok berjalan-jalan, sesat!. Apa yang kamu akan buat sebagai lelaki (kalau pembaca lelaki) atau sebagai perempuan (kalau pembaca perempuan)?

Berdasarkan kajian, lelaki akan cuba meneruskan perjalanan dan cuba semula menjejaki jalan-jalan yang dah dilalui. Perempuan dengan segera menanyakan soalan kepada sesiapa. Nak lagi menarik tanya kawan di sebelah...

14 ulasan:

blurryfella87 berkata...

aku ade buku tu tp for girls..
How to win friends and influence people for girls by Donna Dale Carnegie..
serious, mmg best tp aku dah lupe2 isi die..

Tanpa Nama berkata...

haha....dale carnegie pesan kalo lupa bukak balik buku tuh....kan??

renegix_01 berkata...

dale carniege juge ajar orang jadi hipokrit dalam buku tuh

Tanpa Nama berkata...

hipokrit mmg satu keperluan... kalau kita nak bercakap ngan nada tinggi sepanjang masa ngan suma org....is it allright?

perangai ngan ko ngan mak bapak, ngan mmbr sama? tipulah kalau sama....

nottipie berkata...

wah wah.. nak bace buku tu syahme...
best ka?
aku ngan viona pasti terus tnye orng sebelah klu sesat.
laiyee plak akan telitikan orang mne yg die akan tnye.
conclusion> laki ego tinggi ar...

Tanpa Nama berkata...

ak setuju psl ego....
aku dah byk bc buku mcm ni so aku conclude laki tanpa ego mcm x best jer...
so aku conclude lelaki x lengkap tanpa ego...
korg setuju x tau la....

sbb ego lelaki bersaing... prove it!

aizawa berkata...

mana kemuncak penceritaan ko ni? aku tapaham. apekah yang cuba disampaikan? hmm

Tanpa Nama berkata...

haha....aku yer crita tak terikat ngan foramat karangan, ianya muncul dlm kepala... ia keluar, dan ditaip...

renegix_01 berkata...

i think the suitable word to define hypocrite in more mannered ways is by using the word tolerance...

for me the word hypocrite came with negativity and that's why i opposed it...For me it's more suitable to use the world tolerance that often come with patient nor wisdom rather than hypocrite if u encountered some probs in ur life

about the differences of the characters between family members or others..from my point of view..it doesnt have any connections with the word hypocrite itself...

can you clarify how you gonna show me the connections between them? didnt our surroundings n people around them + us that shaped our characteristic?

hypocrite is a something that you can choose..you are the one who control yourself..same as being wise or tolerance..but for me there is a big gap between those words..

nottipie berkata...

wey renegix. the word u should be using aint tolerance. it's flexibility.

okay, jom tgk ape renegix ckp lps nie klu die terbace comment aku.
kan pantang ego laki dicabar? hik3

and mmg pon. laki xda ego xbest, xde challenge :P pempuan mmg menyusahkan. nak nie nak tu ^^~ tp ktorng baek ati... hati lembik..

Tanpa Nama berkata...

ak bercakap sbg seorang lelaki... lala~
im not smart, not clever just simple man with simple minded....

asuhara sue berkata...

pepatah melayu ada kata:

malu bertanya sesat jalan.

agaknya asal usul pepatah tu dari orang perempuan la ek?

Tanpa Nama berkata...

haha,,,,nice question
dr pompuan utk laki kot....haha

Tanpa Nama berkata...

yela.. bukan hipokrit la itu.. mayb mcm mana kite sesuaikn diri dgn keadaan.. may flexibility.. itu bukan hipokrit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...