Khamis, Mac 27, 2008

Bila Ku Cuba Untuk Mendekati-Nya...


Bila ku cuba untuk mendekati-Nya baru ku tahu betapa jauhnya diriku...
Memang benar apabila hati jarang diperlihatkan dengan kebesaran-Nya...
Hati akan cuba mengetuk dada diriku...
Cuba berkata pada diriku...
"Apa yang kau mahu dalam hidupmu...?"

Inilah mimpi yang datang kira-kira 2 minggu lepas. Menyedarkan aku pada pagi buta yang suasananya sungguh sunyi. Jarang sekali aku bermimpi sedemikian. Adakah ianya petunjuk-Nya bahawa aku rindukan sesuatu? Hilang sesuatu yang patut aku cari? Barangkali aku bersyukur, belum terjebak jauh...belum pergi jauh dari sisi-Nya. DIA memanggil aku suruh sentiasa berada disisi-Nya.

Atas inisiatif tersendiri, benda yang aku tak pernah buat sejak aku berada disini...bangun malam untuk mencari-Nya. Malam yang membuka hati aku untuk berbicara sesuatu tanpa bersuara. Cuba melihat masa silam singkat yang lalu...

Baru aku tahu betapa jauhnya jarak aku dengan-Nya.


5 hari lepas aku hampir jatuh demam untuk kali kelima. Tapi nasib baik tidak. Selsema yang teruk pula menghantui diriku. Nafsu makan hilang sekelip mata. Rasa muak menjamah nasi. Setiap kali perut lapar, aku hanya mampu menjamah roti yang disapu kaya. Kalau tak pun makan toast yang dibeli dari ISAAC...

Banyak lagi cerita yang mahu aku karang dan aku kongsi di ruangan hitam ciptaan aku. Ini yang aku mampu untuk kali ini. Terima kasih kepada sesiapa yang pesan supaya meng-update blog.

Antara isi dalam buku yang aku sedang baca "How To Win Friend And Influence People"...

"If the author doesn't like people, people won't like her or his stories"

Dan penulis ini juga berpesan...

"You have to be interested in people if you want to be a succesful writer of stories"


Seperti seorang penyanyi menyanyi kerana ada pendengar, pelawak melawak kerana ada orang akan ketawa, pemimpin wujud kerana ada pengikutnya...dan penulis menulis kerana yakin bahawa ceritanya akan dibaca. Atas sebab percaya aku bercerita, menaip setiap cerita aku...tanpa mengharapkan habuan. Terima kasih aku ucapkan...kerana anda sudi membaca.

5 ulasan:

Mohd kamil bin ab halim berkata...

gaya cam best je citer tu..kena face to face ni, baru leh dengar sumer.. pepun, ada hikmah atas setiap yg berlaku kt sesaper pun.. sugo dib..

nottipie berkata...

aku suke jer bace. tp x byk comment. ntah lah nnt sape2 pk byk2 ke tersinggung ato ape.

Cheers^^

h i t a m p u t i h berkata...

wow.

Seperti seorang penyanyi menyanyi kerana ada pendengar, pelawak melawak kerana ada orang akan ketawa, pemimpin wujud kerana ada pengikutnya...dan penulis menulis kerana yakin bahawa ceritanya akan dibaca.

true you are mate

cheers !

asuhara sue berkata...

demam tu 1 kifarah buat kita yang selalu lupa padaNya.

1st time baca blog ni, buat saya nak baca hari2 (update ya!)

'...dan penulis menulis kerana yakin bahawa ceritanya akan dibaca.'

-saya lah salah seorangnya! good luck!

Tanpa Nama berkata...

thanks~~~~~walaupun kita saling kurang mengenali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...