Sabtu, Disember 08, 2007

Perempuan Di Tingkat 5

Dingin sungguh hari ini, musim sejuk sudah menunjukkan tandanya...

Pemanas bilik mungkin dapat menghangatkan badan untuk seketika. Huh! Sudah lama tak berada disini; tingkat 5 perpustakaan Kolej Teknikal Dongyang, sudut hujung sekali, terdapat tirai yang kecil membezakan ruang. Barangkali untuk pelajar Malaysia yang lain jarang duduk disini, tapi disinilah aku belajar ketika aku mahu. Petang ini hanya ditemani buku tebal kuning Matematik dan telefon bimbit hitam. Tidak tahu angin apa ribut apa yang membawa diri aku kesini...tapi niat aku hanya satu ketika ini. Ulangkaji!

Kali terakhir aku duduk dikawasan pada semester lepas, bersama kawan berbangsa Korea menelaah pelajaran dan berbual mengenai perbezaan 2 negara kami. Dan hari ini aku bersendirian...
Sedang tekun menatap satu persatu tulisan di dalam buku, suatu cahaya yang terang menerangi muka aku yang separa gelap ini. Aku mendengus sambil mengomel kosong

"Huh...cahaya apa terang sebegini?"

Aku mencari dari mana cahaya ini muncul. Suatu yang menarik telah ketemui...sinar senja. Sinar dimana hari siang bakal berlalu dan malam menjelma. Tapi tak sangka cahaya ini muncul disebalik blok-blok apartment. Kalau aku membawa kamera pasti akan ku kongsi bersama rakan-rakan lain menikmati keindahan ini. Keindahan yang berada disekeliling kita tanpa kita mengetahui kehadirannya...

Aku menoleh kedepan. Makhluk tuhan digelar perempuan kini berada selang 2 meja dihadapan aku. Entah bila dia datang tidak aku ketahui sama sekali. Bagaikan magis dia hadir dalam lingkungan masa aku menghayati keindahan ciptaan tuhan.

Wajahnya putih, rambut yang penjang diurai tanpa sebarang ikatan dan bibirnya sungguh merah. Aku tidak ambil peduli samada dia bermake-up atau tidak,yang penting dialah insan yang mencuri minit penting pada petang ini. Baju panas hitam dan skaf merah di lehernya menambahkan lagi kecantikan dirinya. Selang beberapa saat dia menguis lembut rambut dia sambil memusingkan pensel ditangan dirinya.

Aku hanya menongkat dagu diatas meja sambil mata aku tepat pada wajahnya tanpa berkelip mata. Yang menerjah fikiran aku hanya satu perkataan dapat diinteprasikan; Cantik. Mata aku terpaku...sehinggakan dia mengeluarkan Gameboy dari beg dia.

Aku lihat jam di telefon bimbitku. Rupanya dah 20 minit aku mengelamun. Cis! Kalau tak dah boleh siapkan soalan matematik tadi. Aku mengemas meja dan bersiap untuk menjawab soalan peperiksaan ADVANCED MATHEMATICS for ENGINEERING....

(MORAL: Jangan mengelamun...)

6 ulasan:

nottipie berkata...

hahaha kelakar ah ko ni.

Tanpa Nama berkata...

aku seorang yang kelakar? pelik...

Tanpa Nama berkata...

adehhh..pasrahh..
mengelamun 20 minett tuh..
ko brangan ape hah?
ahahahha..

nottipie berkata...

x x. citer ko kelakar. tp ayat ko best. walaupun x de gamba ke bunge2 dan setiap post panjang. blog ko best utk dibace. sbb biase klu post panjang2 orng len aku malas nk bace :P

ni pujian tau ^~

Tanpa Nama berkata...

haha..thx for the comment...sungguh susah nak dapat pujian dari ko. akhirnya dapat juga haha....sebenarnya bagi aku sussah gak nak mengarang cerita berdasarkan pengalaman dan emosi aku...aku cuba juga...

aizawa berkata...

ada macam im soo jung? ehek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...