Ahad, November 25, 2007

November: Adib Is Born!

Haha...dah lama tak update blog, kalau buku tak dikemas, dah berabuk, kalau blog tak di-update...jadi apa? Entah, tak pernah lagi wujud...
Hari itu masa hari lahir saya ada orang bagi saya benda ini, baca punya baca...
Nak kata betul suma tak ada lah, tapi hampir 90 peratus, benda-benda macam ini ada betulnya kekadang, lagipun ini semua dari kajian sahaja...

Dear Friend,
What your Birth month means.
Mine is July & 100% correct !!!!


......(Sesiapa nak tahu dia punya boleh mesej saya di Yahoo Messenger)...

NOVEMBER
1. Has a lot of ideas
2. Difficult to fathom
3. Thinks forward
4. Unique and brilliant
5. Extraordinary ideas
6. Sharp thinking
7. Fine and strong clairvoyance
8. Can become good doctors
9. Careful and cautious
10. Dynamic in personality
11. Secretive
12. Inquisitive
13. Knows how to dig secrets
14. Always thinking
15. Less talkative but amiable
16. Brave and generous
17. Patient
18. Stubborn and hard-hearted
19. If there is a will, there is a way
20. Determined
21. Never give up
22. Hardly become angry

Hah!...siapa lagi lahir bulan 11? Ada persamaan? Saya nak komen satu persatu...
1. Has a lot of ideas
Idea? Banyak? Saya boleh keluarkan pelbagai idea kalau saya nak, tapi dalam satu situasi saya tak boleh keluarkan iaitu...apabila orang tanya saya "Ada idea?"...secara spontan terus cakap "Tak ada..", Inilah saya, kalau minta idea, memang tak keluar...

2. Difficult to fathom
A'ah. Benda ini betul...kalau benda dalam buku memanglah senang nak paham. Cuba macam hal politik, masalah sosial, percintaan, susah! Sampai sekarang saya tak faham tentang perempuan! Huhahahaha...

3. Thinks forward
Huha!...Macam-macamlah dunia ini...'forward'lah sangat! Fikir 10 tahun akan datang? Saya rasa paling jauh saya fikirpun untuk 5 tahun kehadapan, itupun sebab kena isi borang Ekspress Mara...tak tahulah dari segi apa yang membuat golongan yang lahir bulan 11 berfikiran jauh...

4. Unique and brilliant
"My life is brilliant...my life is pour..." Inilah petikan lagu dari You're Beautiful nyanyian James Blunt, James Blunt lahir bulan 11 ke? Lala~~......Unik? Apa yang unik? Personaliti unik? Entah-entah punggung saya unik? Yaks! Uweks, uweks...

5. Extraordinary ideas
Cuba ubah, bukan extraordinary, tapi merapu! Tak tahulah kalau saya tengah baring, guling-guling atas tilam, orang yang dengar saya mengomel cakap apa yang saya fikirkan adalah menarik...Biasalah, nak masuk tidur tak pun masa goyang kaki, mesti keluar yang bukan-bukan...

6. Sharp thinking

Huh! Hah!...Huh! Hah!...tarik nafas...hembus...tak ada komen!

7. Fine and strong clairvoyance
Entah, tak faham...macam mana itu...macam ini? Arghh...bye!

8. Can become good doctors
Jadi doktor? AH-Huh! Tak pernah terfikir di dalam kepala saya nak jadi doktor. Sebabnya, 1. Saya tak suka matapelajaran Biologi
2. Saya tak suka menghafal, perut lembu yang empat itupun kena hafalke?
3. Banyak ayat-ayat yang pelik...nama daun, nama kulit...
4. Alasan paling kukuh kenapa tak suka jadi doktor:
SAYA TAK SUKA TENGOK ORGAN DALAM MANUSIA!

9. Careful and cautious
Yeah! Lihat kiri, lihat kanan...Anda mampu mengubahnya! Sikap saya yang terlalu berhati-hati kekadang menyusahkan saya, membuatkan saya pening kepala. Sikap terlalu berhati-hati juga bahaya, itu sebab kenapa saya selalu lambat menyiapkan 'report' kerja sekolah.

10. Dynamic in personality

Yang saya tahu, DYNAMIC KOREA! Kalau-kalau pembaca sekalian perasan saya ada personaliti yang dinamik, bagitahu cepat-cepatnya. Bukan apa...tak faham sangatlah pasal ke-dinamik-an personaliti ini.

11. Secretive

Aku setuju!!! Saya banyak menyimpan rahsia orang-orang disekeliling saya. Tapi jangan risaulah...saya bukan jenis manusia mulut tempayan. Nak menjaja rahsia orang ke sana ke mari. Saya memang suka berahsia. Tak kisahlah kamu sahabat baik saya, teman wanita saya, sepupu saya, saya masih ada rahsia untuk disimpan!
(Dah jumpa sikit kaitan dengan dinamik; suka berahsia)

12. Inquisitive
...Im curious about anything...sebab itu saya letak L dalam blog saya. Jangan buat saya berada dalam ke-kunggem-an, anda silap! Saya akan cuba cari jawapan sampai boleh! Perangai ini sebenarnya tak elok juga, boleh tak tidur malam...pengalaman.

13. Knows how to dig secrets
Jeng, jeng, jeng...siapa yang selalu yang sembang dengan saya, faham-faham sahajalah. Rahman @ Mang, dia tahu bila saya nak korek rahsia orang. Lagi satu, pada pendapat saya, nak korek rahsia dari perempuan lagi senang dari lelaki. Sebab apa? MAN FROM MARS, WOMEN FROM VENUS...dari buku ini saya tahu bagaimana nak korek cerita dari seorang perempuan...bahayakah saya ini?

14. Always thinking

Dari mula bangun tidur, sampai nak tidur saya akan berfikir, fikir, fikir...
Bukan orang yang lahir bulan 11 sahajalah! Semua orang mesti selalu berfikir...baru hidup rasa seronok. Sehari tanpa berfikir umpama rokok tanpa api. Cikgu saya cakap macam itu...

15. Less talkative but amiable
Haha...saya seorang pendiam...haha...saya seorang pendiam...haha!
Cukup! Walaupun saya digelar seorang pendiam, saya masih boleh buat kawan...tapi sebenarnya kalau dah ajak sembang macam pillow talk ke, midnight talk ke, sembang petang ke, pasti semua orang tertunggu-tunggu cerita dari mulut saya kan? Jadi saya masih tergolong dalam golongan pendiam? Tak faham...

16. Brave and generous
Saya masih seorang penakut, takut nak pergi bilik bedah, takut labah-labah (arachnophobia) macam-macam lagi.....saya bukan baik sangat pun. Kalau disuruh basuh kereta, adalah alasan macam-macam. Kalau disuruh beli barang, adalah alasan macam-macam. Kalau suruh teman pergi kemana-mana, saya ikut! Teman sahaja...tak lebih dari itu...

17. Patient
Sabar, sabar, sabar...uiks. Susah nak mendidik diri kita jadi seorang penyabar. Idola saya untuk mendidik kesabaran; Atuk saya...Hj Sujak B. Zaidon...saya dari kecil duduk dengan dia...saya tak pernah tengok dia marah sekalipun anak-anak dia (pakcik dan makcik saya) buat hal macam-macam. Saya benci kalau ada manusia mengekplotasikan kesabaran orang!

18. Stubborn and hard-hearted
La..la..la..la...kecil-kecil dulu perasan saya ni manusia nakal. Suruh mengaji ponteng main guli, kalau mak kata balik sekolah jangan melencong kemana-mana, saya pergi rumah kawan saya main game-tape (dulu mana ada Playstation). Dah besar tak nampak tang mana nakalnya. Tak rugi jadi budak nakal dan degil, hampir semua budak macam ini adalah manusia bijak! (Saya tak macam itupun?!)

19. If there is a will, there is a way

We will fight until the last breathe...ayat dari seorang dotArians bila tower dan base dah hancur. (Sood ke yang cakap kat aku waktu itu). Betullah ayat ini, cuba kalau kita tak pegang ayat ini? Rasa macam nak putus harapan pun ada. Kalau saya tak pegang ayat ini, dah lama saya campak buku Fizik ke Anyangcheon...(masih kecewa dengan matapelajaran Fizik)

20. Determined
Macam ada persamaan dengan no.19...tak payah cerita lagi.

21. Never give up
Never give up ,never surrender! (tak ingat dalam cerita apa...cerita alien lawan alien dengan bantuan manusia). Tak kisah dia lahir bulan 1, 12, 8...tanamkan fikiran jangan putus asa...selagi kita bernafas, selagi itu ada keinginan, keinginan dicapai dengan impian, mencapai impian perlukan sedikit usaha...kalau putus asa...apakah erti kehidupan kalau begitu? (Meluat dengan sastera yang direka secara membabi buta)

22. Hardly become angry

Ini perkara yang masih susah bagi saya; menahan marah. Kawan saya kata marah saya ini macam spring. Cuba spring ditekan, tekan, tekan....kalau dilepaskan...? Macam itulah keadaan marah bagi saya. Jarang orang dapat tengok saya marah. Berapa orang kawan sahaja dapat tengok saya marah...orang yang tahan marah adalah orang yang kuat didunia...Ustaz Kamil, seingat saya ayat ini macam dari hadis...boleh tolong carikan?

Akhirnya, saya dah hilangkan bosan dan kurangkan tekanan saya akibat kerja yang banyak pada minggu ini. Tinggal kerja Fizik sahaja lagi...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmm..nmpk mcm majority nye x kene..haha
tp ade byk gak yg kne..aku xtaw ape aku komen..yg pasti aku dah komen..haha

aku nye? july taw..email kn saje pd saye yek..hihi

Tanpa Nama berkata...

haha..aku tau siapa ko. dekna...aku dah bg dah..lala~~

Tanpa Nama berkata...

cayala dib..love football xder ke? isk2 banyak yg x kena tu..takper2, cuba lagi tahun hadapan..huhu.. nantikan esok???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...