Jumaat, November 30, 2007

Who's Viewed Me?...361

Tak sangka saya tiba-tiba kembali aktif bermain Friendster...
Semua ini berlaku 2 minggu lepas...
Saya mengalami tahap kebosanan melampau sehinggakan saya sanggup bermain bola di awalan permulaan musim sejuk...Haha...
Saya juga mula berjinak-jinak dengan permainan online DotA!...Haha
Tak sangka waktu membosankan membuatkan perjalanan anda berubah sikit daripada asal...
Ketika itu, tengah-tengah masuk sana masuk sini dalam ruangan siber, teringin pula nak jenguk balik profile Friendster saya yang agak usang...walaupun status saya dalam itu menunjukkan '24 Hours', bukan bermakna saya membalas testimonial, menerima testimonial, menghantar buletin, meng-update 'quote' atau menghias Friendster...
Saya hanya singgah tengok mana tahu ada orang menjemput saya menjadi kawan mereka...
Tengah-tengah klik profile kawan-kawan, terbit satu idea yang agak boleh disimpulkan sebagai 'Mengong' (Anas suka ayat ini), ataupun 'bangang'......iaitu menghantar testimonial kepada hampir semua kawan saya dalam profile Friendster saya!
Tapi sebenarnya tak larat nak hantar kat semua. Kawan yang saya ada kira-kira 325 (ketika saya taip cerita ini), hampir separuh daripada mereka menerima testimonial daripada saya..
Antara ayat yang agak 'menarik' mereka membalas semula......

"ni lah kerja saya ketika menghampiri kemuncak suasana sejuk disini...hantar testi, balas testi...kalau anda punya masa untuk membalas, ucapan penghargaan terima kasih saya ucapkan..."


"lalala...terima kasih anda cuba memberi masa pada diri anda utk merespon kepada testi saya sebelum ini...diharap anda dpt terus berbuat demikian pada masa akan datang..."

"dah lama x antar testi kat org, saja...kalo nak balas, balas la..kalo x nak x per..."

Selepas saya membuat demikian, keesokan paginya saya menerima lebih dari 50 testimonial!...Angka kawan-kawan yang lihat profile saya menjadi lebih dari 100 orang untuk kali pertamanya setelah hampir lebih 2 tahun bermain dengan lawan web ini...
Melalui cara ini juga saya telah mengenal pasti siapa kawan saya yang ada, sebab sebelum saya hanya 'accept' sahaja jemputan untuk menjadi kawan mereka...

Dan ketika saya taip ayat ini...orang yang melihat profile saya meningkat sehingga 361 orang...Catatan rekod peribadi. Haha...
Tapi sebenarnya bagus kalau sesekali berada dalam mood kebosanan, saya telah berjaya menyiapkan kesemua report saya, dan juga telah siapkan nota Fluid Dynamics tempoh 2 bulan dalam masa 3 hari...dan saya telah akhiri kebosanan saya dengan menonton wayang pada hari sekolah iaitu pada Selasa lepas, berseorangan, pagi yang terlalu sejuk, tanpa sarapan pagi, meredah kesesakan jalanraya daerah Guro hanya semata-mata ingin menonton filem bertajuk SAW 04...
Perasaan duduk dipanggung bersama 9 orang Korea ditemani Pop Corn sambil menonton cerita jijik, psycho, penuh kekejaman terlalu sukar nak diungkap dengan kata-kata...
Yang pastinya filem bersiri SAW adalah hebat patut ditonton....

Ketika ini angka telah berubah menjadi 367 orang...


P/S: Kebosanan dah hilang dan tengah masuk fasa 'Final Exam', sebelum terasa bahang baik kita 'warm-up' apa yang patut...selamat menjawab 'sihom' kepada kawan-kawan saya di Korea dan kepada siapa yang balik...belikan saya Bounty Chocolate!

2 ulasan:

DandelinoiD berkata...

bukan 367...tp 363...

aizawa berkata...

tahniah atas rekod yang telah dipegang, walau sejejab :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...