Sabtu, November 17, 2007

M&M Dan Skittles

M&M dan Skittles!?

Persamaan? Macam tiada...tapi tidak. Kedua-duanya ada tergolong dalam makanan ringan. Tapi memang berbeza kedua-duanya, M&M adalah coklat dan Skittles adalah gula-gula. Kenapa saya nak cerita pasal 2 makanan ini? Sebab dua makanan ini ada cerita dalam coretan kehidupan seminggu aku.

Saya suka M&M lebih-lebih lagi kalau M&M Crunchy. Hari itu Muse pergilah ke pasaraya LotteMart beli barang keperluan rumah dia. Apalagi, cuaca sejuk macam ini memang malas nak menapak ke Lotte Mart, bukannya jauh sangat. Bila dah dapat M&M, letak atas meja. Betul-betul letak atas meja, lepas tu letak air kosong sebotol. Sebenarnya saya masih batuk lagi ketika ini. Dulu pernah saya baca buku kesihatan Ridest Digest, kalau dalam keadaan batuk tak sesuai makanan bertenusu diantaranya macam coklat. Minggu ini sepatutnya banyak kerja saya kena buat, tak larat buat semua. Saya buat sikit-sikit dan kerja terakhir sekali minggu ini kerja Fizik, sebenarnya saya dah kecewa belajar Fizik, dah tak ada mood. Kecewa...macam tak berbaloi berusaha selama ini. Masuk kelas kena dengar celoteh dia. Kalau dalam keadaan tak betul macam ini, apalagi kalau tak 'sepam' dotA sambil makan M&M...

Kung...kang..kung...kang...dah habis sebungkus...tinggallah plastik kosong kat atas meja. Sesiapa yang nak pergi Lotte Mart tolonglah beritahu saya, nak kirim lagi...

Kelas Fluid Mechanical antara kelas yang paling seram dan bosan. Semua terpulang pada 'lecturer', kalau dia ok, ok lah kelas itu, kalau tidak...faham-faham sahajalah.
Selalunya sebelum masuk kelas Fluid Mechanical, saya beli kopi dan susu, campur. Pernah tak dibuat orang? Hah, ini stail budak kelas saya, Dause dan Heng Chiang...suka sangat campur susu dengan kopi. Rasanya lagi sedap. Macam berlemak sikit. Alah...setakat kopi Dongyang secawan 100 Won sahaja pun...susu harga dia pun 100 Won.

Tapi hari ini saya tak sempat beli kopi dan susu. Terlupa dalam beg saya ada sebungkus Skittles Sour, buka bungkusan ambil yang perisa Anggur, masuk mulut...
Huh..terangkat kening. Penangan benda ini memang kepala automatik jadi segar...
Meja saya memang betul-betul depan lecturer jarak dia dengan saya tak sampai semeter pun. Hari itu dia tengah melalut pasal kelas hari sebelumnya, ditambah dengan perasaan 'emo' sikit (tak tahu sebab apa..lecturer tua katakan). Lepas habis cakap, dia terpandang bungkusan hijau atas meja budak Malaysia, sebenarnya meja kami panjang muat 3 orang. Dia nampak bungkusan Skittles dia cakap nak makan sikit, saya cakaplah tak kisah. Lepas itu dia jar saya 'tano' baru, 빼서 먹어...kira macam mencurilah. Dia tak nak jadi lecturer yang suka 'pau' makanan orang..kata dialah. Dia ambil sebijik masuk dalam mulut dia...mula-mula muka dia ok sahaja..tapi lepas 2 saat macam itu...muka dia...

Wakakakakakakaka...tergelak-gelak aku disebalik buku Fluid Mechanical...bayangkan muka orang yang sudah berumur makan Skittles Sour...

Lepas dia layan 'feeling' kemasaman gula-gula itu, dia mula terdiam dan bersuara: "...맛있어...또 하나 먹어도 돼?...,"(katanya: Sedap..boleh minta lagi?)

Lepas itu bermulalah kelas dengan suasana yang ceria, dalam dia ajar itu adalah berapa kali tangan dia menyeluk bungkusan Skittles, ada juga dia sembang pasal masa dia belikan anak dia gula-gula Skittles yang tak masam untuk anak dia...teringat adik saya selalu minta gula-gula Skittles kalau mak saya pergi membeli barang dapur.

Saya update blog ini selepas saya tengok cerita dokumentari SICKO oleh Micheal Moore, tak sangka saya mengalirkan air mata tengok cerita ini(tak adalah sampai perlukan tisu)...saya tak nak cerita apa isi cerita ini, kalau sesiapa berminat pasal sistem kesihatan sesebuah negara, saya syorkan tengok...ini poster dia. Micheal Moore cakap siapa yang download filem dia dari Internet, dia tak kisah..kira tak 'illegal' kalau 'download' , sebab dia suka kalau dia dapat berkongsi pendapat dia dengan orang lain...kalau nak mudah, pergi BOOKMARK, pergi web Axxo-Release, cari Sicko

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...