Apa saya buat malam raya...
Masa kecil-kecil dahulu, saya memang menunggu hari raya. Sebab raya best....Pada malam raya, pakcik saya selalu balik ke kampung bawa mercun yang banyak sekali. Tapi saya selalu dilarang nenek saya main mercun. Katanya mercun amat merbahaya untuk budak kecil macam saya. Selalunya saya main bunga api yang harganya seikat dalam RM 1 lebih. Tengok sahajalah orang lain bakar mercun sambil hayun bunga api. Bila dah asap banyak, mak saya suruh masuk rumah. Katanya asap ini tak elok untuk budak ada lelah macam saya. Duduklah dalam rumah tengok orang lain anyam ketupat ke, tukar langsir, dan macam-macam lagi......
Ini kali ketiga saya raya di negara lain. Di sini, pada malam raya saya pergi kelas Mekatronik. Sekejap sahaja kelas itu, tak sampai 10 minit dah balik. Saya pergi ke rumah Hanif Fazli, rakan sebilik dia yakni rakan saya juga jemput saya makan kuih raya. Saya pun makanlah. Dah dijemput...Lepas itu, ramai yang tak ada di asrama kolej sebab pergi rumah Naim. Saya mainlah PES (Pro Evolution Soccer) seorang diri sambil diperhatikan Rubhendran di sebelah. Rubhen kata dia nak masak spesial malam ini.. Saya tak tanye dia apa yang spesial malam ini. Saya pun balik rumah selepas habis game yang saya main tadi.
Setibanya di rumah amnan tengah tidur dengan nyenyak sekali. Barangkali kelas hari ini terlalu sibuk. Saya duduklah di depan komputer peribadi saya ini. Saya baca Utusan Malaysia, Berita Harian, tengok blog saya....dah lama tak update blog. Ramai juga suruh saya selalu mengemaskinikan blog, tapi saya selalu tak ada masa nak jenguk blog selalu. Perut tetiba lapar, ketika ini baru pukul 9 malam, saya pun pergi Tomato Kimbap saya beli Jumok Bap (nasi yang dikepal dengan ikan tuna..sedap). Pakcik yang kat kaunter cakap "thank you", dah lama saya tak kedai dia. Saya selalu juga beli Jumok Bap sebagai sarapan saya. Hanif Fazli 'buzz' saya kat yahoo messenger, dia cakap Rubhen nak masak malam ini. Saya sebenarnya nak pergi bilik dia sekali lagi, nak ambil video dari komputer dia.
Saya datang sana, saya tengok Rubhen sibuk memotong ayam dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Saya tanya dia masak apa. Dia cakap "Dah raya masaklah rendang,". Selepas beberapa minit, saya makan nasi dengan rendang yang dia masak. Sedap....
Saya balik rumah, saya terkejut Amnan pakai baju melayu sambil bermain komputer. "Malam ni jer raya...," kata Amnan. Betul juga kata dia. Esok, lepas aktiviti raya di Kedutaan Malaysia, lepas pintu keluar dari situ....habislah raya tahun ini. Sambung balik cerita tadi. Saya habiskan malam raya ini dengan mencuba program baru yang telah diperkenalkan oleh Toinx. Saya cuba-cuba sampailah subuh. Dah pagi raya...
Solat raya, makan apa yang patut di Kedutaan Malaysia, bergambar...dan habislah raya tahun ini. Sebelum terlambat saya nak ucapkan
Ini ada gambar 'kelas', posing seperti ambil gambar masa tingkatan 5...
P/S: Gambar sumbangan Pak Nab dengan kamera dia...
4 ulasan:
hahah..tak boleh blah..aku gelak gler bace part amnan..hahaha..macho2..
haha...betul tu ckp dia..pikir baik2
acap dan ipeng...muwahaha
aku x leh ckp apa...diorg mmg dihadirkan dlm keadaan kombo...
Catat Ulasan