Sabtu, Oktober 27, 2007

Selepas seminggu, cerita 2 hari...

"Huh!"
Itulah perasaan kalau dah habis minggu ujian pertengahan semester. Ini bermaksud pengurangan pengambilan kafeein setiap hari sebab setiap kali saya nak menghadapi peperiksaan biasanya saya akan mengambil 2 cawan kopi berbanding hari yang tiada tekanan; sehari secawan.
Minggu ini memang merupakan minggu yang penuh dengan tekanan, perhatian 100 peratus, dan memerlukan tempoh yang lama untuk bertahan menghadap buku. Bila tiba sahaja minggu macam ini secara automatiknya saya akan menjadi kurang stabil atau dengan kata lain "mengong". Tak tahu la pula apa makna yang sebenar yang tercatat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Minggu ini sahaja saya kerap kali mengemaskan meja. Macam ini; hari ini saya ada ujian Fluid Mechanical, maka saya akan memenuhkan meja saya dengan bahan yang berkaitan dengannya, buku lain jadi bahan perhiasan rak sebelah. Bila habis ujian tersebut, saya akan kemas meja semula dan letak buku yang akan dipelajari...
Bayangkan kalau saya ada 10 kertas ujian, adakah saya akan kemas meja sebanyak 10 kali? Mmmmmm...nasib baik minggu ini saya ada 4 kertas...4 kali kemas meja...

Fizik!? Subjek yang paling mengecewakan saya semester ini. Mana tidaknya, fizik dah lah hanya 2 jam kredit, belajar macam belajar subjek 3 jam kredit, soalan susah macam nak rak. Sebabkan mata pelajaran Fizik, saya hampir tak buka buku Mekatronik...tapi dengan soalan Fizik yang berbintang-bintang (maksudnya susah), macam tak berbaloi belajar Fizik. Senyum sahajalah masa jawab Fizik, jawapan berjela-jela, tapi tak tahu apa isinya.

Habis sahaja ujian Mekatronik, terus saya balik rumah, sambar kasut saya dan main bola malam itu juga. Walaupun gelap tapi bola sepak adalah salah satu cara nak lepaskan segala tekanan dengan positif. Takkan dalam keadaan stress yang tinggi nak bantai ambil dadah? Bahaya...

Balik dari main bola, bantai game sampai pukul 4 pagi...apalagi, kegilaan budak-budak 'batch' saya; DOTA. Dah ramai jadi ketagih pada game ini. Haha...tak apa. Bagus juga, main game yang sama.

Bangun tidur, gosok gigi, awal juga bangun. Dah lama tak bangun pagi dengan hati yang kosong, tak ada bebanan (sebenarnya ada ujian Matematik minggu depan). Hari ini hari sukan rupanya Karnival Sukan PPMK (tengok gambar di bawah), tapi tahun ini saya tak banyak menyertai sukan kaki saya injured. Hari ini cuma main bola, itupun sekali sahaja, lepas tu pergi Yongsan...temankan Amar, Pire dan Pok Chu pergi beli barang komputer dan aksesori yang berkaitan.

Lupa nak cakap...ramai juga berebut nak suruh saya letak nama dalam blog saya. Tunggu! Setiap cerita ada kaitan dengan sekeliling, dan sekeliling saya adalah kawan saya, disini saya tiada ibubapa, hanya kawan-kawan. Jangan risau kepada ANASE, nanti saya akan kupas isu atau persoalan "Berkahwin dengan gadis umur yang kurang, sebaya, atau lebih dari kita". Untuk BLACK PARADE, tak tahu isi apa yang perlu saya kupas, kalau berminat bagi la idea atau pokok cerita.

Ok, dah update sudah blog saya. Malam ini MU menang 4-1 lawan Boro. Nak tidur awal sebab nak rasa perasaan berada di celah kangkang...(jangan salah faham! ayat ini belum dihabiskan...ada kaitan untuk isi blog seterusnya)


Promosi tahun ini untuk Karnival Sukan PPMK, kreatif!

4 ulasan:

aizawa berkata...

aku pun x suka fizik. haha
minum kopi bole menambahkan kepekaan ke? aku pun nak ko letak nama aku kat blog ko bole? hehe..
aku pelik betul asal orang gila DOTA. haih

DandelinoiD berkata...

haha..aku tgh addcit gak dota ni..sebab apa? mudah, dan sesiapa boleh bunuh hero lain..disini maksudnya, tak kisah dia pro ker, dia noob ker..kalo pandai amik peluang, dah leh bunuh hero lain...

blurryfella87 berkata...

aku dah tersalah faham ayat last ko b4 aku membaca bende ko tulis dalam kurungan..
btw, tukarla setting komen ko..
buatla pop-up komen..penat nak tekan back utk kembali ke main..
hehehe..kalo xnak tuka xpela..
cadangan2..

DandelinoiD berkata...

aku ni jenis malas nak ubah apa2 dr dulu, nnt r, baru berjinak2 ngan bnda ni, nnt aku nak lawakan, xda masa la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...