Selasa, Oktober 30, 2007

Owh!...1,2,3...5 kali!

"Their War, Our World"

Siapa tak kenal caption kat atas tu kan? Haha...walaupun secara rasminya minggu lepas minggu peperiksaan belum habis, tapi saya dah 2 orang kawan lagi telah ke panggung IMAX untuk menonton Transformers! Kalau dibilang, dah 5 kali menonton cerita yang sama...2 kali di wayang bersaiz biasa, 2 kali di monitor komputer saya sebesar 17 inci, dan sekali di IMAX Yongsan!!

Sebenarnya nak rasa perasaan apabila kita berada dibawah kelangkang Optimus Prime (ayat ini dah ada orang salah paham...gelak sahaja la), terasa macam kita ini adalah watak dalam filem itu; dengan robot bersimpang-siur, terbang sana-sini...satu perkataan yang boleh disimpulkan...menakjubkan!

Saya memang berminat dengan robot yang boleh berubah-rubah, dari kecil saya dah tengok cerita Transformers, yang dulunya Megatron badan berkotak-kotak, tak ada seganas macam dalam filem sekarang, begitu juga dengan Optimus Prime; ada cermin lori kat badan dia, memang silau!!...

Begitu juga dengan Bumble Bee, kalau sesiapa yang ikut jalan cerita sebenar, Bumble Bee itu adalah kereta Volkswagen kuning! Bukannya kereta Chevrolet yang sporty, lebih-lebih lagi kereta Chevrolet itu hanya 3 biji d-DUNIA!...Alasan produser tak nak samakan dengan cerita Fully Loaded (tak ingat tajuk sebenarnya...)

Haa...sesiapa yang berminat dengan Beast Wars: Transformers, bolehlah juga pinjam DVD dari saya, ini cerita yang berkaitan Transformers pada tahun 1980-an; perang yang ingin ubah sejarah supaya berpihak pada Megatron. Dalam cerita ini,robot semua dah ber-evoulusi, masih 2 pihak yang sama; satu berpihak kepada Autobots yang ada sekarang dan berpihak kepada Decepticons yang ada sekarang. Kiranya watak yang ada ini adalah nenek-moyang mereka. Katanya Steven Spielberg nak buat filem. Tak tahulah, sebab jalan cerita ini memang panjang. Tapi bagi saya sebenarnya watak yang paling best adalah Starscream. Tak tahulah kenapa dia macam 'kacak'. Mungkin dia adalah orang kuat Megatron...

Sebenarnya tak nak update blog sampai Khamis ini, sahaja nak isi...tunggu la cerita saya selepas ini...tajuknya "20 Batang"...20 batang apa? Tunggulah hari Khamis ini tak pun hari Jumaat...

Ini poster masa pembukaan, kalau nak wallpaper best, saya ada.

1 ulasan:

alifmimnunha berkata...

transformers la paling bes skali! aku pun tgk trnsfrmrs dr kecik! beast wars manakan mungkin x tgk. bes bes. sampaikan lg transformers yg xde seni tu pun aku suka. hahaha.

rasa nak menangis tgk movie dia sebab kagum gile dgn teknik cgi nya. animator2 mereka mantap ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...