Ahad, November 04, 2007

20 Batang...

Apabila kita berimiginasi atau dalam perbendaharaan lain seperti berkhayal, bermimpi...kadangkala mencetuskan ilham untuk menulis;

Letak 1 maksudnya satu...letak 4 maksudnya empat...nak letak semua?
Ok...saya ada 20 batang...1,2,3...5...8...13...17...19,20!
Haha...saya dah cucuk 20 batang lilin pada kek saya...

Kalau sesiapa yang mengikuti cerita blog saya sebelum ini, saya ada sentuh mengenai tajuk blog saya seterusnya. "20 Batang". 20 batang mungkin ada pembaca blog saya tertanya-tanya apa 20 batang itu. Kalau kita ikut pemikiran seorang perokok, 20 batang mungkin secara automatiknya akan memikirkan 20 batang rokok! Atau unit lain: sekotak rokok. Kebiasaannya syarikat tembakau akan membungkus 20 batang rokok dalam sekotak, tak kisahlah dimana-mana, atau jenama lain seperti Dunhill, Marlboro, This Plus, Pall Mall...dan lain-lain. Kalau nak cerita pasal jenama rokok, tak habis satu malam...

Kenapa saya bercerita mengenai 20 batang lilin? Sahaja...tak ada motif. Hari lahir saya pada 5hb November yakni 23 jam dari waktu saya menulis blog ini. Kenapa 20 batang lilin? Kalau ikut budaya, satu batang lilin bermakud satu tahun. Umur saya 20 tahun maka saya perlu letak 20 batang lilin. Tak semua ikut budaya ini. Kalau umur macam seratus lebih? Huh...letih nak tiup semua. Saya pernah terbaca ruangan Macam-Macam dalam majalah Mastika; seorang nenek berusia 109 tahun (secara terperinci sudah lupa) mati sesak nafas dihadapan kek hari lahir dia kerana cuba untuk meniup 109 batang lilin yang sedia terpacak di atas kek hari jadi beliau. Kesiankan?

Secara matematikal dan secara rasmi, umur saya genap 20 tahun. Rupanya dah lama hidup di atas dunia ini. 20 tahun mungkin sekejap, mungkin lama...terpulang pada individu tersendiri. Selepas ini dah tak ada manusia cakap "Oh...dia yang berumur belasan tahun itu?"...saya tergolong golongan puluhan tahun. Saya dah rasa apa erti kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, apa-apa lagi bahasa manusia yang menginteprasikan 'mood' manusia.

Saya ini jarang ingat sangat pasal birthday saya. Apatah lagi kalau orang lain. Saya ucapkan minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang saya tak ucapkan ucapan "Selamat Hari Lahir". Saya tak kecewa kalau tak ada sesiapa ingat pada diri saya, sebab saya jarang ingat pasal orang lain! Haha...

Semuanya adalah mentaliti kita, kalau kita anggap hari lahir adalah yang teristimewa, istimewalah hari itu. Kalau tidak, tidaklah. Ini adalah nasihat dari seorang kawan saya disini, Shikin (Takkan tak kenal kan?). Cuba kita set diminda kita setiap 1hb Ogos, ataupun 23hb Disember setiap tahun kita anggap hari yang terbaik, special, istimewa...mesti kita cuba nak menyambutnya kan? Setiap orang ada hari istimewa tersendiri...

Cara kita menyambut hari lahir pelbagai cara, tapi kek adalah sinonim dengan hari lahir. Saya paling suka kek Blueberry! Siapa yang selalu pergi Secret Recipe mesti tahu pasal kek ini. Rasanya sedap. Kali terakhir saya makan masa balik Malaysia musim panas yang lepas. Saya makan seorang diri sementara mak saya pergi pejabat pos. Cubalah rasa....(Nak promosi pula..)

Memandangkan dah 20 tahun hidup, tak tahu mana yang berat bahu ini. Sebelah kiri ke, sebelah kanan. Rasa macam sebelah kiri...pernah tak dengar orang tua-tua cakap macam ini;"Biasanya hari lahir kita adalah hari kematian,"...secara saintifik tak tahu betul ke tidak. Ikut pengalaman saya macam betul. Pernah saya dengar atuk saya cakap buyut( kira macam moyang) saya meninggal dunia pada tarikh dia dilahirkan. Entahlah...wallahualam. Ajal maut ditangan tuhan, mana tahu saya akan mati ketika umur saya belum genap 20 tahun? Ketika itu saya tengah main bola, main dotA, naik basikal, ataupun seperti nenek tadi; ketika menghadap kek hari lahir?...tak mustahilkan?

Bila-bila masa kita boleh ditarik nyawa, sebab setiap hari malaikat Izrail datang kepada kita sebanyak 30 kali...


Inilah antara kek Bluberry! Sedap...

4 ulasan:

alifmimnunha berkata...

dah tua! hahaha.
aku x pnah dgr pulak yg mati sama dengan tarikh lahir. hmm :-?
aku suka raspberry cheese. nak blanja aku? :p

dandelinoid berkata...

boleh jer...sedap kan? ko balik malaysia aku belanja ko..kalo ko jumpa aku ahaks!

Amnah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alifmimnunha berkata...

eip eip....
aku tuntut nanti, ko x blanje mungkir janji. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...