Isnin, Januari 05, 2015

Pengalaman pertama bersama DAO (Dr. Azizan Osman)

Aku rasa ini adalah mentor yang selalu ketengahkan kepentingan ilmu. Dan aku rasa ianya sangat membantuk aku di masa hadapan insha Allah.

Di awalan pembukaan seminar pun, DAO asyik memberi kata-kata bahawa ilmu itu sangat penting, dan disusuli dengan tindakan.

Barangsiapa nak dunia, kena ada ilmu.
Barangsiapa nak akhirat, kena ada ilmu.
Nak kedua-duanya pun kena ada ilmu.
(Kata-kata Imam Syafie)

Senang cerita, tindakan tanpa ilmu adalah perkara yang sangat padah. Melihat beberapa orang yang hendak berniaga - awalan dah mencari 'hutang'. 'Hutang' adalah untuk memperbesarkan perniagaan, bukan untuk memulakan perniagaan. Berniaga untuk cari duit, bukan untuk cari hutang.

Selepas itu, DAO menceritakan musibah atau ujian sebagai peringatan. Paling menarik di sini adalah mengatakan bahawa ujian terhadap orang lain adalah sebahagian daripada ujian diri kita. Adakah ujian ini menguji diri kita akan membantu orang yang susah?

DAO, memperingatkan bahawa tahun 2015 adalah tahun yang mencabar dari segi segala-galanya. Dan berpesan, ubah diri mempersiapkan diri. Kenali potensi diri sendiri adalah benda yang paling penting.

DAO berpesan bahawa 'Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.'

Apa yang kita fikir, adalah doa.
Apa yang kita rasa, adalah doa.
Apa yang kita kata, adalah doa.
Apa yang kita lakukan, adalah doa.

Kenalah fokus terhadap apa yang hendak dilakukan. Kesimpulan awal seminar, ilmu mampu mengubah segala-galanya. Dia juga berpesan, jangan jadi 'business hunter', nak buat segala-galanya. Buat satu dan buat sehingga sehabis baik.

Sebelum meneruskan, DAO minta setiap pendengar melakukan 'evaluation' pada diri sendiri. Di sini aku pernah buat, the-Whole-Life-Concept. Konsep keseimbangan hidup dari segi keluarga, sosial, spiritual, kewangan dan kesihatan. DAO memberi penerangan terperinci setiap satu apa nilai yang patut ada.

Misalan;
Kewangan - dapat banyak, tapi banyak hilang.
Kerjaya - perniagaan dan makan gaji.
Spiritual - hubungan dengan Allah bagaimana.
Kesihatan - berapa lama anda bersenam.
Emosi - stabil atau pun yo-yo?

Dalam banyak elemen, elemen kewangan adalah sangat penting hari ini. Bukan hendak menjadi kaya, tapi ada sumber untuk sokong elemen lain. Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. Dan memberi efek keputusan kita hari ni pada duit, adalah 'long term effect' - dari segi increment dan sebagainya.

Menghiraukan ekonomi dunia adalah sebenarnya satu kerja gila. Tak perlu hirau ekonomi dunia, ekonomi diri sendiri adalah paling penting.

Apakah Sembilan Potensi yang amat penting itu?

1. Potensi Hidup Bahagia.
Bersedekah, berselawat, bersyukur. Kerja demi untuk orang lain. Membahagiakan orang lain. Bangun tidur awal adalah petanda bahagia.

2. Potensi Bebas Masa.
Belajar membebaskan diri dengan masa. Perlu ada sistem yang teratur dan ikut. Sentiasa peruntukan masa untuk membaca, bersenam; misalnya.

3. Potensi Menjadi Kaya.
Kaya Jiwa - Kaya Duit.

4. Potensi Menjadi Dermawan.
Untuk faham satu benda, kena fikir satu benda. Richard Brenson memperuntukkan jumlah yang besar untuk membangunkan tempat di Afrika. Bill Gates menyumbang 30 Billion setahun. Kemiskinan akhlak adalah satu kebodohan.

5. Potensi Menjaga Perhubungan Kerohanian.
Sentiasa align dengan Allah.

6. Potensi Menjaga Sillaturrahim.
Baiki hubungan dengan orang yang paling dekat dahulu.

7. Potensi Memberi Manfaat Kepada Orang Lain.
Tukar apa yang hendak perkatakan kepada orang lain - 'Saya berniaga henda duit.' kepada 'Saya hendak memberi kepuasan makan lamb chop, supaya dapat rasa penuh kasih sayang.'

8. Potensi Menjadi Inspirasi/Pemimpin/Pencetus Harapan.
Jadilah seorang yang berinspirasi kepada orang lain, ianya membuatkan anda berjaya.

9. Potensi Berjaya Dunia/Akhirat.
Kerja di dunia sebagai persediaan di akhirat.

P - Perancangan.
O - Openness & Opportunity.
T - Tindakan Luar Biasa.
E - Elmu (Emosi dan Ilmu)
N - Nekad & Muktamad.
S - Strategi dan Sistem.
I - Impian.

DAO kongsi pengalaman dia bersama Robin Sharma, menyebut tentang jadi ikon. Untuk berjaya, yakni menjadi ikon, seorang yang tak dikenali - mesti ada yang membenci mereka. Ambil contoh seperti Nabi Muhammad SAW, awal penyebaran Islam dibenci - tapi dengan izin Allah berjaya luaskan agama Islam.

Pengurusan emosi dan ilmu adalah sangat berharga. Kontrol emosi bermakna anda mampu kontrol pendapatan diri sendiri. Bila belajar sentiasalah mempunyai mentor - orang yang faham, orang yang berjaya di depan anda yang sudi untuk menolong.





(Dah lama aku tak menaip benda serius.)

Kebosanan mencipta kelainan.


3 ulasan:

Wak Lat berkata...

Salam. Hee saya senang sekali membaca portal anda ini. Suka tentang pengalaman di Ulsan itu. Nice blog, keep itu up.

Wak Lat berkata...

Salam. Hee saya senang sekali membaca portal anda ini. Suka tentang pengalaman di Ulsan itu. Nice blog, keep itu up.

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...