Sabtu lepas, 11hb Mac 2017 adalah tarikh dimana saya pergi ke Akademi Sukan ABS untuk mengetahui bagaimana perniagaan sukan. Sebelum ini saya mengikuti rapat Akademi Memanah Talhah sehingga pada satu hari Pn Ainon menaik gambar tentang Akademi bola sepak pula.
Setelah saya pergi ke sana (Akademi Sukan ABS) di Bangi, ada beberapa pendapat saya mengenai akademi ini.
Akademi ini baru bermula, iaitu pada February 2017. Bermaksud sebelum ini hanya bergerak baru 3 bulan sahaja. Akademi ini bukan seperti Akademi NFDP ataupun Akademi Mokhtar Dahari dimana untuk melahirkan atlet sukan dalam bola sepak untuk bermain serius dalam kancah bola sepak negara, tetapi untuk menerapkan nilai sukan bola sepak seperti disiplin, teknik asas dan skil kehidupan (skil menyelesaikan masalah dalam kehidupan). Kerana itu lebih penting, skil survival.
Dunia hari ini serba pantas, masalah itu banyak. Skil menyelesaikan masalah itu lebih penting.
Untuk melahirkan 'high performance athlete', satu minggu memerlukan antara 3-4 sesi. Berbeza Akademi Kilat Soccer, hanyalah seminggu sekali. Setakat ini, sekolah swasta atau sekolah 'private' memilih khidmat ini. Sekolah seperti sekolah Kebangsaan atau sekolah kerajaan, masih dalam proses untuk mendapatkan surat dari pihak ketiga iaitu KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).
Antara sekolah lain yang menjadi keutamaan adalam sekolah Integrasi dan sekolah Tahfiz.
ABS: Prinsip dalam Menjalankan Perniagaan.
Seperti saya maklum, Akademi Kilat Soccer juga merupakan salah satu cabang perniagaan. ABS sebenarnya datang dari tiga grup perniagaan utama iaitu ABS Trading, ABS Education dan ABS Consulting. Akademi Kilat Soccer di bawah Akademi Sukan ABS, dan ianya dibawah ABS Education.
Pegangan utama dalam perniagaan ABS adalah:
1. Patuh Syariah. Menjalankan perniagaan mengikut sunnah-sunnah Nabi yang diterapkan.
2. Inovatif. Manusia boleh meniru apa sahaja yang mereka lihat, oleh itu kita perlu selangkah kehadapan.
3. Grup Genius. Dalam ABS tiada siapa yang hebat. Ia adalah sekumpulan manusia yang biasa-biasa tetapi bijak dalam bekerjasama.
Pasaran Akademi Bola Sepak
Buat masa ini, dari 8 yang ditawarkan 3 sekolah telah berminat. (Sehingga pada tarikh saya menulis). Pasaran akademi adalah budak-budak 7-12 tahun. Sekolah juga dipilih, terutamanya sekolah yang mempunyai matlamat untuk menaikkan mutu sukan sekolah atau disiplin sekolah. Elemen penting dalam mencari pasaran adalah guru besar itu sendiri.
Antara khidmat (benda yang boleh buat duit) ditawarkan melalui Akademi ini adalah:
1. Kelas.
2. Bengkel umum.
3. Merchandise.
4. Agent.
5. Event. Seperti menganjurkan tournament.
6. Jualan peralatan bola sepak.
USP (Unique Selling Proposition) pula adalah:
1. Silibus pelajaran merangkumi sains sukan seperti nutrisi.
2. Kad Laporan Prestasi untuk tujuan rekod.
3. Survival skil (seperti dibicarakan diatas).
4. Perlawanan antara sekolah.
Pengurusan Akademi Bola Sepak
Penerapan pengurusan gaya korporat amat dititikberatkan serta menggunakan bahasa Melayu tinggi. Kelas akademi boleh dianjurkan ketika hari kerja ataupun hari cuti, bergantung pada permintaan pasaran. Lebih mengutamakan model bisnes B to B (business to business) berbanding B to C (business to customer) dimana lebih banyak kerja diperlukan.
Modal permulaan bisnes ini tidak lebih RM3,000 dimana merangkumi silibus, peralatan bola sepak, beg bola dan t-shirt.
Kebiasaannya satu sesi adalah dalam linkungan satu sejam setengah, dan bayaran untuk pelatih adalah sekitar RM50-RM100 (bergantung pada budi bicara). Pelatih mestilah sekurang-kurangnya mempunyai sijil Awalan FAM atau Lesen C Kejurulatihan FAM.
Pendaftaran pelajar biasanya dalam linkungan RM80 dimana RM40 untuk HQ (membeli beg sukan dan peralatan) dan RM40 akan diberi kepada pemilik bisnes.
Antara perkara perlu tahu dalam perniagaan ini, kos penyelenggaraan adalah dalam sekitar 7% dimana risiko kerosakan peralatan sukan boleh berlaku.
.
Saya mungkin akan memikirkan bisnes ini untuk menjadi sumber pendapatan saya disamping untuk aktiviti riadah saya pada masa akan datang.
PS: Minat bola sepak punya pasal.
Adib Yazid
1 ulasan:
Jual Cytotec
Jual Obat Aborsi
Obat Penggugur Kandungan
Catat Ulasan