Terima kasih kepada Khalifah, bagi ruang ini untuk bagi sesuatu hari ini.
Pada 2 haribulan November, Ahad - sebenarnya saya 'frust' kejap, sebab ada kes tak 'approved'. Saya tidur awal pagi, dan bangun awal petang dalam pukul dua. Dalam grup Whatsapp bertalu-talu masuk mesej: 'Tanniah, tanniah, tanniah.'
Saya adalah 'Top Agent for October'.
Masa itu perasaan itu bercampur-baur;
Saya gembira sebab saya dah pecah rekod saya. Atas sebab kalau nak jadi 'Toppers' sekarang sekurang-kurangnya tiga puluh ribu ke atas.
Saya juga rasa senang, saya dah boleh buat tiga puluh ribu dalam satu bulan. Dari satu yang tak pernah buat dan pernah buat.
Saya juga rasa satu tanggungjawab baru, saya nak pecah rekod bulan lepas.
Akhir sekali, saya rasa 'blur'. Bila kita jadi 'Toppers', saya tahu saya akan diberi peluang bercakap di depan ini. Macam Wan cakap, dia pesan cakaplah sesuatu yang memberi inspirasi kepada orang lain.
Saya nak tunjuk ini, sebelum ini ada Pacat, Ibrahim yang pernah tengok gambar ini...
Ini adalah hasil kerja saya, sejak bulan penuh pertama saya menjadi ejen sehingga bulan lepas. Bermaksud sudah dua tahun. Apa pandangan kamu terhadap benda ini?
Dulu, kerja saya adalah menjaga efisiensi mesin sebagai 'Production Engineer'. Kerja saya menganalisa dua puluh tujuh mesin (27), sebab itu graf memang dah sebati dalam hidup saya.
Saya tetapkan bahawa Merah adalah kalau saya dapat kosong sehingga satu kes sebulan.
Kuning adalah lima hingga tujuh kes sebulan.
Hijau adalah lapan hingga dua belas kes sebulan.
Tiga belas ke atas adalah kaler ungu.
Senang cerita, kalau banyak kuning kamu adalah ejen stendet PWP. Kalau banyak hijau adalah stendet Star Club.
Apa yang menarik, saya nak cerita apa yang berlaku pada bulan September. Situasi dimana 'from almost zero to hero'. Hero sebulan je la. Bulan tersebut amat mencabar bagi saya, sangat mencabar. Saya tak tahu di mana silap saya. Ada ke, saya kurang aktiviti? Saya kurang PIC? Saya tak cukup prospek ke? Jumpa tapi tak kelos, itu normal tapi yang kurang normal dia punya nombor tak cukup.
Biasa jumpa tiga orang satu akan ambil, tapi bulan September tidak.
Bila berlaku macam ini, saya rileks tapi saya 'frust'. Dan semuanya ini berlaku apa bila saya jumpa empat orang ini:
1. Billy Jolley
2. Alfonso.
3. Hamizi.
4. Kawan ejen saya.
Tak pernah dalam mana-mana 'sharing session', di Genting kali pertama saya jumpa orang bersembang pasal 'down'. Di sini saya pegang satu ayat je; 'A set back is a set up for a great comeback.' Dalam bisnes ini memang ada turun naik, cuma bagaimana kita menerima keadaan turun tersebut.
Alfonso ada menyebutkan strategi bila kita berada di hujung tahun. Ayat yang dia sebut; 'The time is now, the place is here, the person is me.' Dia ada sebut huraian ayat itu, dan dia ada sebut mengenai kita tiada masa untuk mencuba benda baru dan hanya kita perlu copy-paste sahaja. Dan kita perlu melihat tempat yang kita pernah pergi.
Tengok Junaidi, tengok Zukhirman, tengok Ibrahim. Mereka dapat kes luar dari tempat mereka biasa dapat kes. Kalau tengok graf ini, yang hijau - saya selalu keluar 'outstation' sebanyak sekali. Ke Johor. Bulan Oktober saya 'outstation' dua kali, Terengganu dan Johor. Terengganu dalam lima ribu. Johor enam ribu. Area Selangor macam biasa, lapan belas ke dua puluh. Maksudnya, kalau nak jadi Top kena pergi 'outstation'.
Selepas turun dari Genting, niat saya memang balik nak tidur. Betul, sebab nak tenangkan fikiran la - dapat bulan tak best, saya tidur dulu. Masa itu abang Hisyam ajak pergi Banding, ikutkan hati tak nak. Harith pun ajak, saya tolak. Tapi saya dengan Baha, kalau dia ajak memang payah nak tolak. Sebab kalau dia ajak makan, makanan itu memang sedap. Dan dia ajak pergi Banding, rasa goyang la.
Masa di Banding, semua tahu kerja saya tidur je. Sehinggalah saya lepak dengan Mizi atas katil puaka tu. Sangat, sangat simple dia cakap:
'Hang dah jadi ejen dua tahun, that a process of learning. Why not, you unlearn all of these thing. Lepas tu relearn semula. Insha Allah ada hasil.'
Saya ingat ayat tu: 'Learn, Unlearn, Relearn.'
Balik dari Banding dah bersedialah kan, lepas tu lepak kat Kelana Jaya terjumpa rakan ejen. Saya share result saya bulan September. 'Yes benda ini normal, senang je. Cuba kau ingat balik, moment-moment kau masuk ofis tu. Apa yang kau fikirkan?'
Bila saya fikir-fikir balik, saya teringat muka Baha approach saya. Muka abang Hisyam mula jumpa. Jumpa Harith kat bilik 'meeting'. Muka abang Cip. Lepas tu perasaan macam 'new agent' kembali.
Malam sebelum masuk satu Oktober, ada meeting dengan JR7, JR8 dan JR5 - saya telah 'declare' yang saya akan jadi 'Top Ejen' pada Oktober atas dua sebab:
1) Saya akan pecah rekod saya.
2) Saya nak pentas ini, plague itu sebagai hadiah 'birthday' saya.
Sebenarnya plague itu tak berapa penting bagi saya. Tapi 'moment' berada di sini, bercakap sesuatu yang baik di sini adalah hadiah paling manis saya dapat sepanjang hidup saya.
Saya harap apa yang saya 'share' sekurang-kurangnya boleh memberi manfaat kepada kamu semua.
------------
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
plague x
plaque o
you're welcome
Catat Ulasan