Selasa, November 04, 2014

Relevan ke tidak, bukan kau, aku yang tentukan.

Duduk membujang ni memang seronok, seronok mengelamun, eksplorasi sana sini - tanpa halangan. Lalu, aku terbaca status satu orang yang telah menjadi idola aku:

Ayat dia mengatakan bahawa, Melayu Minimalis akan kembali.

'Syet, this is so dem good.' seloroh aku dalam bahasa ala-ala omputih.

Bertahun lamanya, aku membaca Melayu Minimalis berulang kembali. Dia dah 'stop posting' kot. Sebab itu baca ye berulang kembali. Membaca buah fikiran orang, melalui blog adalah satu medium yang aku pakai dari masa jadi pelajar. Jiwa rebel, jiwa kacau, jiwa serabut. Semua benda nak bantah, semua benda bajet kool la sangat, phuih! Sebab itu, sentiasa mempunyai naluri untuk berdiri pasak dari yang lain - boleh lah aku katakan, aku ada blog sendiri yang mempunyai tagline 'Kebosanan Mencipta Kelainan.'

Aku menulis, bila aku berada di saat-saat yang sangat-sangat penuh kebosanan. Kalau aku jumpa member aku yang berjiwa suci murni, menyarankan  aku pergi berselawat, buka Al-Quran baca.

Kalau aku jumpa pula, kaki memutsal, sehingga larut malam diajaknya memutsal. Senang cerita, bila aku waktu yang sangat lapang - aku mencabar diri aku menulis benda tahyul dan karut, seperti sekarang. Tiada pengisian, tapi entah bagaimana ada orang kata 'Dude, u shud keep writing like always.'

Ale-utoh! (aku belajar benda ini dari budak kecil, masa aku nak beli eskem kat kedai)

Aku mengaku, aku sudah tua. Masakan hari ini, siapa yang hendak membaca blog serba serbi hitam. Tiada musik latar belakang lagu Katy Perry atau Sum41. Semua itu sudah ketinggalan zaman. Aku tak perlu terkinja-kinja menyanyikan lagu Linkin Park, In The End sambil tangan bergerak umpama menghalau lalat. Tidak perlu.

Maka, relevankah aku menulis blog?

Relevan ke tidak, aku yang tentukan.

Kenapa? Senang. Aku menulis tiada siapa yang bayar. Aku tak paksa korang datang ke sini untuk membaca picisan penuh hormon estrogen lelaki kurang matang. Aku tidak dipaksa menulis oleh sesiapa, dan aku hanya singgah hendak menulis apabila suasana di mana 'kebosanan' yang boleh melahiriahkan satu idea lunak yang boleh jadi OK ataupun sebaliknya.

Aku mempunyai FB awal, lepas itu aku tutup sekejap sebab rebel la kononnya.
Aku ada Twitter, untuk perli sesetengah golongan - lalu aku biarkan setelah orang yang aku perli ada Twitter. Dulu beb, jiwa rebel juga.
Aku ada Instagram. Tutup sebab mana ada gadis comel mulut itik ada dulu-dulu. Sekarang aku nak tengok itik. Susah wei nak tengok itik! Lawa plak tu.
Apa lagi?









Malam ini, adalah salah satu lagi malam aku menempuh kebosanan yang nyata. Sebab itu aku kembali ke sini.

Ada mamat tu tanya aku, 'Nape kau tak hebahkan blog kau seperti dulu?'

Aku jawab:

'Aku tak nak ramai wanita jatuh cinta dengan aku.'



(Nampak tak nada angkuh aku buat-buat?)

Apa-apa pun, selamat pagi dunia. Seperti biasa aku menghabiskan rangkap cerita nusantara tanpa benua yang bersempadan dengan lafaz...

Kebosanan mencipta kelainan.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Entri "You Should Date a Girl Who Read" buatkan aku terus bookmark kan blog nie. So, yeah.

Tanpa Nama berkata...

kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...