Jumaat, Oktober 24, 2014

'Remember, why you started.'

Saban hari, hampir setiap hari aku merancang apa yang aku hendak lakukan pada satu minit mendatang.

Boleh jadi esok hari, tiga hari, sebulan dan setahun. Malah, lima tahun.





Aku insan, yang... susah hendak katakan. Aku tiada ruang untuk aku mengalah dan berputus asa. Aku bimbang siapa yang telah menjadikan idola adalah, aku menghampakan mereka. Apa yang aku sedang lakukan adalah atas dasar percaya. Mereka percaya, apa yang aku lakukan boleh membantu mereka.

Aku tak suka menghampakan orang yang telah memberi kepercayaan.

Manusia, aku bukan Rasul/Nabi yang maksum. Aku ada jatuh dan bangun. Ada ketika aku ingin duduk bersendirian, baring atas hamparan rumpun hijau. Memandang langit. Mata melirik awan. Fikiran kosong, hanya menanti penghujung hari.

Sebab itu, aku tiada alasan untuk berhenti apa yang aku sedang lakukan.

Tiada.

Sebaik-baik alasan, ia adalah tetap alasan.

Bila aku hendak jatuh, aku sentiasa ingat mengapa aku bermula.

'Always remember, why you started.'




Selamat malam. Aku rasa 'diam'.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...