Isnin, Ogos 18, 2014

The next of me - wearing 'purple'.

Hari ini, aku pergi 'window shopping' bukan sebab nak usha awek ke apa, tapi aku nak belajar pasal warna pakaian.

Ok, rasanya entri lepas aku dah cerita pasal aku memilih kameja warna ungu, seakan-akan lavender dan warna biru. Hari ini soalan aku memfokuskan kepada pemilihan warna tali leher. Alhamdulillah. Aku dah jumpa warna yang sesuai untuk dipadankan dengan kaler kameja.

Warna kelabu gelap, dan macam biasa - go for plain as always.



Dah nak masuk dua minggu aku mengenakan warna kameja yang hampir sama. Dan soalannya; kenapa?

#1. Warna yang menunjukkan kemewahan - aku sebut mewah, bukan kaya.
#2. Warna yang mempunyai suasana yang tenang 'peace'. Tak serabut.
#3. Warna yang lembut dan 'cool' (apa deskripsi sesuai untuk kool?)
#4. Warna yang penuh romantis.
#5. Warna yang melambangkan pemakainnya mempunyai gaya penulisan yang kreatif.
#6. Warna yang sensitif - seperti aku, contoh terbaik.

Dan kenapa aku ada kaler biru? (Aku memilih biru muda, yang sangat cair)

#1. Warna yang boleh dipercayai dan penuh kesetiaan.
#2. Warna yang menunjukkan aku adalah seorang yang naif dan rasa tak bersalah.

Warna biru, aku pakai bila nak buat 'servicing' pada klien aku.

Dan kenapa aku memilih tali leher kelabu, gelap pula tu?

#1. Warna yang nak menunjukkan aku hadir dalam keadaan 'neutral'.
#2. Warna yang agak selamat dengan warna di atas.

Dan aku menyimpan tali leher hitam, atas sebab ini; dan biasanya aku pakai ketika di majlis:

#1. Warna yang 'selamat' untuk tidak ditegur di majlis.








...sebenarnya dah lama aku belajar pasal pemakaian baju ni. Sekarang aku limitkan kepada:

Kameja warna ungu muda dan biru muda.
Tali leher warna hitam dan warna kelabu gelap.
Seluar, tali pinggang dan kasut aku melekatkan pada warna hitam.

Maka aku sudah ada kod warna untuk diri aku ketika bekerja secara rasmi, ceh.

Lepas ini, aku akan cuba untuk menyediakan set pakaian 'powerful'

Kameja putih, tali leher merah.

Oh-yes.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...