Ahad, Ogos 17, 2014

Aku tulis, untuk menceritakan seorang pemain bernama Darren Fletcher.

Mungkin aku tulis artikel ini, dalam bahasa Melayu maka memang tak akan masuk di Goal.com atau pun di laman web rasmi Manutd.com lah kan. Apa lah sangat, aku tulis mengenai pemain yang selalu menjadi bekap kepada pemain bertaraf bintang dalam pasukan Manchester United.

Aku menulis setelah aku melihat perlawanan semalam, perlawanan 'debut' musim 2014/2015. Menyaksikan kekalahan pertama di bawah kendalian Louis Van Gaal. Kalah di rumah sendiri. Aku dah biasa benda macam ini. Memang rekod perlawanan 'friendly' agak cun. Aku selalu cakap kat kawan aku; fanatik kat Liverpool yang suka melihat perlawanan persahabatan sebagai tanda ukur.

Aku cakap tak boleh, sebab bermain ketika pertandingan tekanan dia lain.

Aku bagi contoh bangang kat dia;

"Kau dah kahwin, lepas tu main dengan bini di rumah mentua kau. Pintu terbuka, boleh? Itu sama lah perasaan bermain ketika pertandingan. Ada yang melihat, maka tekanan dia lain."

Maafkan aku, aku buat perbandingan yang sangat lucah.

Ok.

Darren Fletcher adalah pemain yang datang dari 'academy', tempat yang sama melahirkan 'Class of 92'; sebaris dengan Paul Scholes, Nicky Butt, Neville brothers, Ryan Giggs dan David Beckham (banyak lagi). Tapi mamat ini muncul pada musim 2003 (tak silap aku, sila tengok Wiki). Posisi dia main adalah sebelah kanan, dimana zaman tu lah kan, payah beb nak 'leveling' dengan David Beckham.

Aku mula mamat ini, dengan tiba-tiba dia jadi macam 'legend' kat Scotland. Kiranya, 'scottish' anggap mamat ni bakal merubah pasukan Scotland, kununlah. Sejak itu aku ikut mamat ini punya perkembangan.

Dia ni selalu jadi pemain bekap.
Zaman Beckham, dia bekap.
Lepas itu muncul gandingan Giggs-Scholes-Ronaldo-Carrick, sekali lagi mamat ni jadi bekap gak. Dia selalu jadi bekap pada Scholes.
Lepas itu pulak atuk Fergie, terai (try) gandingan Hargreaves-Nani-Anderson beli pada musim yang sama, sekali lagi Fletcher jadi bekap gak.

Kesian woi mamat ini, tapi mamat ini kalau diberi peluang main - aku suka dia punya teamworking-rate dia. Aku bagi 9/10. Dia tahu dia perlu buat begitu untuk jadi pemain utama dalam pasukan.

Semua orang tahu, Scholes dan Giggs adalah pemain jenis 'one-club-player-man'. Pemain yang setia pada satu pasukan, Darren Fletcher pun salah satu gak. Cuma dia ni macam aku cakap jadi bekap je memanjang.

Aku suka mamat ini, sampaikan majalah United (majalah rasmi MU) tulis artikel pasal dia 'The Un-sung Hero. Artikel ini ditulis sebaris dengan John O'Shea dan Park Ji Sung.

Musim ini dia jadi vice-captain, dan menjadi pilihan Louis Van Gaal di bahagian tengah. Digandingkan dengan Ander Herrera untuk menggerak jentera tengah.

Beb, agak gay tak aku tulis pasal lelaki?












Aku tulis awal musim, untuk aku tunjukkan bila mana, dunia bola sepak melihat Darren Fletcher adalah pemain yang perlu ada dalam pasukan dunia, lagi-lagi Manchester United.

Apa-apa pun, prinsip aku; jangan jadi lalang dan jangan herdik pasukan lain.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...