Ahad, Ogos 03, 2014

Teh hijau, teh oolong, teh putih dan segala macam teh.

...dan tiada siapa akan membaca.

Sebenarnya agak kelakar untuk mempunyai blog sekarang. Ini mungkin sebab faktor kepelbagaian sumber untuk di baca dan di cerna dengan mudah. Ada twitter, ouh. Instagram. Minggu lepas, aku pinjam telefon pintar adik aku, dan lihat Insta.

Rupanya, benda alah ini sangat best. Sebab banyak gambar awek lawa. OK, itu saja.

Selamat hari raya dan maaf zahir & batin. Bila beraya ini, memang kena jumpa orang. Dan ada kemungkinan yang sangat tinggi untuk berjumpa dengan orang yang pernah baca blog aku. Kelakar pun ada. Blog aku ini antara capaian aku yang sangat sukar dicapai. Banyak lagi benda aku patut buat (aku meletakkan prioriti yang tinggi pada kerja yang 'generate passive income'). Aku perlu jadi manusia berproduktiviti tinggi, bukan maksud aku buat anak ke apa. Aku ada hanya 24 jam, dan aku perlu utilisi masa yang sangat-sangat maksima.

Untuk meletakkan diri kita pada satu tahap yang tinggi (berbalik pada niat aku nak jadi manusia berproduktiviti tinggi), aku perlu sihat dan bertenaga. Untuk sentiasa sihat, semakin hari aku realisasikan bahawa makanan adalah faktor terpenting dalam kehidupan.

'You are, what you eat.'
(Kau, adalah apa yang kau makan)

Aku selalu kerja lebih masa (nak jadi bakal perancang kewangan memang kena kerja lebih masa), aku selalu menjadi konsumer kepada kopi; dan lebih teruk adalah Nescafe. Ianya umpama dadah. Aku perlu setin@secawan Nescafe untuk memulakan hari aku. 

Dulu aku tak macam ini, kerja engineer dulu aku ambik TeaMix Herbalife (tak pasal-pasal aku jadi ahli sebab nak tolong kawan). Memang aku sangat ber-energi dan ditambah lagi aku hisap rokok secara separa kuat dulu. Tensi yang sangat kerja engineer, barangkali.

Sekarang, kawan aku ni dan tak dan je nak ambil pesanan untuk TeaMix. Membuatkan aku terlupa dan bertukar kepada Nescafe. Malangnya, aku terpesong dengan idelogi 'Star your day with Nescafe'. Sangat tahi. Aku merasa badan aku deterosi (maksudnya, berkurang), nak buat apa sikit penat.

Aku ubah segalanya kepada teh.

Aku bermula dengan teh hijau. Kemudian, teh rooibos. Teh putih, teh itu teh ini. Aku pernah beli set teh di Beijing (aku siap masuk kelas beb, belajar buat air teh secara budaya). Rupanya dah pecah. 

Sekarang aku minum teh oolong. Teh ini mempunyai kafein juga, sebagai alternatif terhadap Nescafe 3in1 yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Gula yang tinggi, akan menyebabkan glukosa tinggi, dan disimpan sebagai lemak dalam badan jika tidak digunakan.







Rupanya, aku masih berbakat menulis lagi.

Haha.

PS: Sejak kebelakangan ini, aku selalu berfikir pasal bagaimana nak mendapatkan 1 juta ringgit, tanpa merompak dan jujurnya melalui perniagaan.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eh really kalau minum banyak nescafe atau coffee badan cepat terasa penat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...