Rabu, Jun 25, 2014

Success is the best reward - mantra hebat aku pegang sehingga hari ini.

Aku masuk awal ke katil hari ini, tapi mata susah dilelapkan. Gusar. Seperti ada ulat dalam perut, memikirkan hari esok. Kadangkala terlalu banyak fikir menyerabutkan jiwa. Buat badan tak keruan, cuba menyampaikan pada minda - lelah.

Sudah lama tangan aku tidak menari pada qwerty, menyebabkan janggal beberapa ketika membahaskan bait kata jiwa. Cuma aku mahu katakan, jiwa semakin tenang dengan ketidakpastian. Aku kurang, eh tidak; aku bencikan ketidakpastian. Ragu-ragu. Aku tinggalkan manusia yang ragu keupayaan diriku.

Setiap yang berlaku dalam hidup aku, sentiasa yakin ada pengajaran.

Aku melihat ke belakang hari ini.

Aku lihat apa yang sudah berlaku sejak tahun 2011, sehingga saat ini. Dulu dari manusia tidak berjiwa, jadi insan yang baru diberi rasa pahit, benci, cinta, cemburu, dendam, sakit, tangis, gembira, harapan, korban.

Aku ingin ucapkan terima kasih pada masa silam.

Dan aku dendam pada masa silam.

Dendam itu membuatkan aku untuk cuba berada di hadapan.

Success is always the sweet revenge.





Lagi enam bulan, untuk melihat bumi dari langit.
Tidak mahu, dagu menongkah ke langit teriak mahu ke atas.

Tidak lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...