Isnin, Ogos 04, 2014

Permainan 'Cashflow' oleh Robert Kiyosaki - games paling best aku main sehingga hari ini.

Tahu tak pasal apa?

Kau akan diberi sebuah pekerjaan (adakah penjodoh bilangan bagi kerja adalah buah?), dan diberi simpanan. Ada gaji, ada perbelanjaan kad kredit, rumah, anak dan hutang belajar.



Kemudian, kita akan diberi peluang untuk buat pelaburan. Samada;

1) Amanah saham (Unit Trust)
2) Saham dividen - macam TNB, Telekom.
3) Saham bursa - aku paling suka beli bila waktu rendah.
4) Perniagaan kecil, dengan model kecil.
5) Harta tanah lot - aku kurang gemar. Pulangan dia agak lambat.
6) Rumah apartment - peberet aku.
7) Rumah lot - bila aku beli mesti tak cukup duit.

Bila aku mula main game ni, perkara pertama aku akan fokus pada hutang runcit (retail debt), sebab mampu diselesaikan. Dan aku akan kumpul duit aku menjadi $1000 dulu. Langkah seterusnya, memerhatikan pasaran saham. Aku sentiasa pastikan aku beli satu unit dengan $1. Paling maksimum aku boleh pergi adalah $10. Aku sentiasa pegang mantra bila nak beli saham.

"When you in (buy), you should know when to out (sell)."

Main saham tak boleh tamak. Bila aku beli dah tanam dalam kepala, kalau nilai saham aku cecah sekurang-kurangnya $20 satu unit, aku terus dump. Hasil duit aku terus fokus pada pembelian aset yang aku suka; rumah.

Gambar atas adalah nilai jualan saham paling menguntungkan sejak aku main games ini. Diberi pekerjaan seorang nurse, gaji bulanan $3100 sahaja tapi melalui saham ada tunai di tangan $300,000. 

Antara disiplin yang aku terapkan masa main games ini, aku sentiasa cuba mencari jalan untuk selesaikan hutang kad kredit, kemudian hutang kereta, kemudian hutang belajar, jika mampu. Kawan nak pinjam duit memang aku tak bagi. Aku beli emas atau perak sebagai 'buffer' jika aku berada dalam keadaan 'default' nak bayar hutang pada bank. Sentiasa aku terapkan, ada cash-on-hand. Awalan games aku suka kalau cash aku ada $1000. Untuk kecemasan jikalau apa-apa berlaku.

Adik aku main games ini, dan suka beli tanah lot kosong. Ya, pembelian tanah lot kosong memang murah. Tapi untuk waktu sesuai, dijual bagi aku memerlukan masa. Aku kurang gemar, melainkan memang aku nak duduk disitu.

Antara perkara paling seronok menjana pendapatan adalah melalui perniagaan secara perkongsian.

Adik lelaki aku pula suka buat investment di unit trust. Itu adalah salah satu tindakan bijak, untuk mencipta 'capital' kalau kita dapat pekerjaan macam mekanik, janitor, kerani (golongan pendapatan rendah).

Sebenarnya paling mencabar apabila diberi kelas pekerjaan yang tinggi, misalnya doktor dan juruterbang. Bahagian nak menyelesaikan hutang adalah sangat tricky. 

Apa-apa pun, dalam games ini diajar untuk bersedekah secara berkala. (Aku tak tipu)

Games ini aku beli di Apple Store dengan harga lebih kurang, RM20 rasanya. 

Hampir setiap hari aku main dengan AI. Kalau main dengan orang lain, memang senang-senang nak menang melainkan aku bernafsu tinggi nak beli kapal layar peribadi.



Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

me ^-^ ndr berkata...

game ni memang bagus. one day, if ada anak, akan di ajar kepada anak sebagai salah satu ilmu kewangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...